SEMAK BANTUAN AWAL RAMADHAN : 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN

SEMAK BANTUAN AWAL RAMADHAN : 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN

Seluruh umat Islam di Malaysia telah mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bermula hari ini (19 Februari 2026) dan selama sebulan. Oleh itu, bagi membantu rakyat menunaikan ibadah puasa dengan baik, pihak berwajib telah mula menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan secara tunai dan juga melalui baucar makanan.

Bagaimanakah semak kelayakan bayaran Bantuan Awal Ramadhan? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN DUIT DALAM IC 2026 : CEK KELAYAKAN PEMOHON YANG AKAN DAPAT BANTUAN SETIAP BULAN BERJUMLAH RM100 ATAU RM200

APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN

Kerajaan MADANI telah menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan melalui Bantuan SARA One-Off kepada semua rakyat tanpa mengira pendapatan bagi membantu membuat persediaan bekalan makanan untuk menyambut bulan Ramadhan.

Selain itu, pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam setiap negeri juga menyediakan peruntukan bagi Bantuan Zakat Awal Ramadhan yang khusus untuk disalurkan kepada golongan asnaf seperti keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya untuk menyambut bulan Ramadhan ini.

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Awal Ramadhan oleh Kerajaan MADANI dan Majlis Agama Islam setiap negeri :

  • Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 – Suami
dan
RM100 – Isteri
Warga EmasRM100 setiap seorang
BujangRM100 setiap seorang
*Khusus untuk pembelian barang keperluan asas seperti bahan masakan dan makanan bagi bulan Ramadhan ini.
  • Bantuan Awal Ramadhan (Zakat) :
SENARAI
MAJLIS AGAMA
JUMLAH BAYARAN
MAIWP
(Wilayah Persekutuan)
RM500 setiap penerima
MAIM
(Melaka)
RM400 – ketua isi rumah
dan
RM100 – setiap tanggungan
MAIPP
(Pulau Pinang)
RM700 – penerima
dan
RM100 – hamper makanan
MAIK
(Kelantan)
Bermula RM100
(tertakluk bilangan tanggungan)
MAIDAM
(Terengganu)
RM300 hingga RM700
(tertakluk bilangan tanggungan)
LZNK
(Kedah)
Bermula RM300
(tertakluk bilangan tanggungan)
MUIP
(Pahang)
RM500 setiap penerima
LZS
(Selangor)
RM300 hingga RM1,000
(tertakluk bilangan tanggungan)
Lain-lain Majlis Agama
negeri
Untuk negeri yang tidak dinyatakan,
sila semak di laman web rasmi
Majlis Agama Islam negeri
masing-masing

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Pembayaran Bantuan Awal Ramadhan adalah dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

SENARAI BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan SARA One-Off9 Februari 2026 (Isnin)
Bantuan Zakat RamadhanLain-lain tarikh bayaran
bagi setiap negeri
(perlu disemak melalui
laman rasmi Majlis Agama
Islam)

SEMAK BANTUAN AWAL RAMADHAN

Untuk ketahui kelayakan dan bayaran Bantuan Awal Ramadhan, sila buat semakan melalui laman web rasmi seperti panduan di bawah :

  • Cara Semak Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off) :
    1. Layari laman web rasmi SARA di sini :
    2. Pada halaman utama SARA, klik [Semak Kelayakan].
    3. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    4. Klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
    6. Selesai.

*Nota : Semakan bagi setiap Majlis Agama setiap negeri adalah berlainan, anda perlu mencari halaman semakan dan semak kelayakan anda untuk terima bantuan zakat Ramadhan.

RUJUKAN LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Ramadhan (SARA One-Off dan Zakat), sila rujuk pihak berwajib melalui talian seperti berikut :

  • Talian SARA : 03-7720 1800
  • Talian Majlis Agama :
    • MAIWP : 019 200 4689
    • MAIM : 06 283 7416
    • MAIPP : 04 226 0305
    • MAIK : 09 748 1512
    • MAIDAM : 09 622 3500 / 011 266 12500
    • MAINJ : 07 224 3918 / 07 228 2941
    • LZNK : 019 573 9155
    • MAINS : 019 623 5051
    • MAIPk : 05 254 9999
    • MUIP : 09 422 1311 / 011 3016 3882
    • LZS : 1300 88 4343
    • MUIS : 088 279 206
    • MIS : 08 2507 241

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ dan laman web rasmi Majlis Agama setiap negeri.

Leave a Comment