BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN SEMAKAN KELAYAKAN : LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN

BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN SEMAKAN KELAYAKAN : LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN

Berdasarkan pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima bayaran RM200 sebulan sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN

Bantuan eKasih RM200 sebulan adalah merupakan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan secara automatik kepada penerima yang berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih bagi membantu meringankan bebanan kewangan dan memenuhi keperluan asas setiap bulan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Nilai bayaran Bantuan SARA eKasih RM200 sebulan diberikan khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN
PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah
Taraf
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Bercerai
(ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(PGK) semasa
dan tersenarai
dalam rekod data eKasih
Status
Permohonan
STR 2026
Lulus ✅

BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN SEMAKAN KELAYAKAN

Untuk memastikan anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan eKasih, ikuti panduan semakan di bawah :

  • Semakan Kelayakan eKasih 2026 :
    1. Layari Portal Rasmi eKasih – https://ekasih2.icu.gov.my/.
    2. Portal Rasmi eKasih akan dipaparkan.
    3. Layarkan skrin ke bawah.
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    5. Masukkan Kod Kaptcha berdasarkan imej yang dipaparkan.
    6. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
    7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
    8. Selesai.

Walaupun anda tidak tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Bantuan RM200 sebulan. Anda masih boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA dengan amaun yang lain :

  • Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2026 :
    1. Layari Portal Rasmi SARA – https://www.sara.gov.my/.
    2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
    3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    5. Klik pada [Verify you are human] untuk pengesahan.
    6. Klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
    8. Selesai.

JADUAL BAYARAN BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN 2026

Pembayaran Bantuan SARA eKasih sebanyak RM200 sebulan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH BAYARANAMAUN BANTUAN
09 Januari 2026RM200
01 Februari 2026RM200
01 Mac 2026RM200
01 April 2026RM200
01 Mei 2026RM200
01 Jun 2026RM200
01 Julai 2026RM200
01 Ogos 2026RM200
01 September 2026RM200
01 Oktober 2026RM200
01 November 2026RM200
01 Disember 2026RM200

RUJUKAN LANJUT

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA eKasih boleh dirujuk kepada pihak berwajib melalui talian dan laman web rasmi di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment