E KASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, dan telah berdaftar eKasih boleh membuat semakan status dengan mudah secara online di Portal Rasmi eKasih untuk mengetahui sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan-bantuan kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan status kelayakan e kasih online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA E KASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Ketua Isi Rumah (KIR); Pendapatan Isi Rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
AMAUN DUIT SARA E KASIH 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA E KASIH ONLINE 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Semakan Status Pendaftaran eKasih | https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx |
| Semakan Status Kelayakan SARA | https://sara.gov.my/ |
Panduan Semakan Status Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Panduan Semakan Status Kelayakan SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA PENYALURAN DUIT SARA E KASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
MANFAAT DUIT SARA E KASIH
Penerima SARA EKASIH boleh menggunakan kredit bantuan yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar mengikut panduan berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
JADUAL PENGKREDITAN DUIT SARA E KASIH 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan dikreditkan setiap bulan (12 bulan) kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| JADUAL BAYARAN | KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari | RM200 | RM150 | RM100 |
| Februari | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mac | RM200 | RM150 | RM100 |
| April | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mei | RM200 | RM150 | RM100 |
| Jun | RM200 | RM150 | RM100 |
| Julai | RM200 | RM150 | RM100 |
| Ogos | RM200 | RM150 | RM100 |
| September | RM200 | RM150 | RM100 |
| Oktober | RM200 | RM150 | RM100 |
| November | RM200 | RM150 | RM100 |
| Disember | RM200 | RM150 | RM100 |
| TOTAL | RM2,400 | RM1,800 | RM1,200 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026