MYKASIH SARA SEMAKAN 2026 : HANYA YANG BERSTATUS LULUS SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)

MYKASIH SARA SEMAKAN 2026 : HANYA YANG BERSTATUS LULUS SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)

Seramai 8.1 juta penerima bayaran Bantuan SARA Bulanan dan 22 juta penerima bayaran Bantuan SARA One-Off yang layak mulai menerima bayaran dalam Kad Pengenalan (IC) dan boleh terus gunakannya untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah semakan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : PENERIMA AKAN DIBAYAR RM300 SETIAP BULAN

APA ITU MYKASIH SARA

Program MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah inisiatif bantuan yang bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas yang mana bayaran diberikan secara ansur setiap bulan kepada 8.1 juta penerima B40 dan M40. Manakala bayaran diberikan secara sekaligus kepada 22 juta penerima B40, M40 dan T20.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 :

  • BAYARAN SETIAP BULAN :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40PENERIMA M40
ISI RUMAHRM200 sebulanRM100 sebulan
WARGA EMASRM150 sebulanRM50 sebulan
BUJANGRM100 sebulanRM50 sebulan
  • BAYARAN ONE-OFF :
KATEGORI
PENERIMA
SEMUA PENERIMA
(B40, M40 & T20)
ISI RUMAHRM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
WARGA EMASRM100
BUJANGRM100

CARA TERIMA BANTUAN MYKASIH SARA

Setiap penerima akan terima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui cara-cara berikut :

JENIS BANTUANCARA TERIMA BAYARAN
SARA BulananTerima bayaran secara bulanan
yang dikreditkan melalui
Kad Pengenalan (IC)
penerima
SARA One-OffTerima bayaran secara One-Off
yang dikreditkan melalui
Kad Pengenalan (IC)
penerima

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH SARA 2026

Pengkreditan bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah mengikut jadual seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH KREDIT BAYARAN
SARA Bulanan9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
SARA One-Off9 Februari 2026

MYKASIH SARA SEMAKAN 2026

Semakan status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
  4. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  5. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  6. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  7. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  8. Klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima SARA Bulanan & SARA One-Off akan dipaparkan.
  10. Selesai.

LANGKAH GUNA MYKASIH SARA 2026

Penerima boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih mengikut langkah-langkah seperti berikut :

LANGKAH-LANGKAHKETERANGAN
Kunjungi kedai terpilihPenerima perlu mengunjungi kedai / pasar raya
yang berdaftar dan terpilih MyKasih SARA
Pilih barang keperluan
asas
Penerima perlu memilih dan mengambil
barang keperluan asas yang terpilih
(pastikan ada label MyKasih SARA pada
rak tanda harga)
Berikan Kad PengenalanPenerima perlu memberikan Kad Pengenalan
kepada juruwang untuk pengesahan
Transaksi bayaran guna
Kad Pengenalan
Pembayaran akan disahkan dengan guna
Kad Pengenalan penerima
Resit pembelianJuruwang akan berikan resit pembelian
untuk rujukan baki Bantuan MyKasih SARA

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment