CARA GUNA SARA UNTUK BELI BARANG DENGAN MYKAD : PANDUAN LENGKAP
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang disalurkan dengan sistem tanpa tunai (cashless) melalui MyKad / Kad Pengenalan diri rakyat secara bulanan dan juga sekaligus (one-off) khusus untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah cara guna SARA untuk beli barang dengan MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : PENERIMA AKAN DIBAYAR RM300 SETIAP BULAN
PENGENALAN BANTUAN SARA
Bantuan SARA diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) pada setiap bulan dan diberikan juga secara sekaligus (One-Off) kepada 22 juta rakyat dari pelbagai golongan seperti B40, M40 dan T20.
Inisiatif Bantuan SARA tidak diberikan secara tunai, namun ianya diberikan melalui sistem bayaran tanpa tunai yang dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli 15 kategori barangan asas di hampir 10,000 ribu kedai dan pasar raya yang terpilih seluruh Malaysia.
PERBEZAAN BANTUAN SARA BULANAN & SARA ONE-OFF
Pemberian Bantuan SARA Bulanan dan SARA One-Off mempunyai perbezaan dari segi tarikh bayaran, kadar bantuan, kelayakan penerima dan sebagainya seperti berikut :
| PERKARA | BANTUAN SARA BULANAN | BANTUAN SARA ONE-OFF |
|---|---|---|
| Cara Bayaran | Tanpa tunai melalui MyKad | Tanpa tunai melalui MyKad |
| Tarikh Bayaran | Setiap 1 hari bulan (Januari hingga Disember) | Pada 9 Februari 2026 |
| Kadar Bantuan | RM50 hingga RM200 (bergantung kategori & kelayakan) | RM100 setiap seorang (tanpa mengira kategori & kelayakan) |
| Jumlah Penerima | 8.1 juta penerima (setakat ini) | 22 juta penerima |
| Kelayakan Utama | Lulus Permohonan STR 2026 | Berumur 18 tahun dan ke atas |
CARA GUNA SARA UNTUK BELI BARANG DENGAN MYKAD
Setiap penerima Bantuan SARA Bulanan dan SARA One-Off boleh membuat pembelian barang-barang keperluan asas dengan menggunakan MyKad mengikut panduan lengkap seperti berikut :
- Pilih barang keperluan
- Penerima bantuan boleh memilih barangan berdasarkan 15 kategori barang yang diluluskan dan mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima Bantuan SARA.
- Imbas kod barangan
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih oleh penerima mengikut kategori yang diluluskan.
- Transaksi bayaran guna MyKad
- Bayaran akan disahkan menggunakan MyKad (jika barang melebihi baki, penerima perlu membuat bayaran secara tunai untuk lebihan barang tersebut).
- Simpan resit untuk semakan baki
- Penerima perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian dan baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad.
PENGGUNAAN BANTUAN SARA
Namun, semua penerima Bantuan SARA Bulanan dan SARA One-Off perlu mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh seperti berikut :
- ❌ Duit SARA tidak boleh dikeluarkan secara tunai.
- ✅ Boleh guna SARA untuk beli barang guna MyKad sahaja.
- ✅ Baki duit SARA yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan berikutnya dan masih boleh guna untuk beli barang bersama kredit semasa.
- ❌ Tidak melebihi tempoh yang ditetapkan iaitu perlu digunakan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026.
- ❌ Tidak boleh beli barang elektrik, rokok, dan sebagainya yang tidak diluluskan.
- ✅ Boleh beli 15 kategori barang yang diluluskan di 10,000 premis yang berdaftar seluruh Malaysia.
SENARAI BARANG SARA BOLEH BELI GUNA DENGAN MYKAD
Antara barang-barang keperluan yang diluluskan dan boleh dibeli dengan Bantuan SARA Bulanan dan SARA One-Off menggunakan MyKad masing-masing adalah termasuk :
| BIL. | KATEGORI BARANG DILULUSKAN SARA |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Telur |
| 3. | Minyak masak |
| 4. | Tepung |
| 5. | Bahan perasa (gula / garam / kicap / sos cili & sebagainya) |
| 6. | Makanan sejuk beku (burger / nuget / bebola daging & sebagainya) |
| 7. | Makanan dalam tin (tuna, sardin & sebagainya) |
| 8. | Roti |
| 9. | Biskut (biskut berkrim / kering) |
| 10. | Mi segera |
| 11. | Minuman (Milo / teh / kopi / susu & sebagainya) |
| 12. | Ubat-ubatan (yang diluluskan oleh KKM) |
| 13. | Produk penjagaan diri (Sabun mandian / shampoo / ubat gigi & sebagainya) |
| 14. | Barang sekolah (buku / alat tulis / kasut sekolah & sebagainya) |
| 15. | Produk kebersihan rumah (Serbuk / cecair pencuci baju / lantai & sebagainya) |
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.