TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 2
Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara berfasa dan fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 5 juta penerima yang layak dan bayaran fasa kedua (2) akan menyusul tidak lama lagi kepada lebih dari 5 juta penerima sedia ada dan baharu.
Bagaimanakah semakan tarikh duit Bantuan STR yang akan dibayar? Baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RM100 ONE OFF : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR
Kerajaan membuat pembayaran Bantuan STR kepada rakyat Malaysia yang layak adalah secara berperingkat mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | STATUS |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 dan berperingkat | Telah dibayar |
| Fasa 2 | Dijangka dibayar Mac 2026 | Akan dibayar |
| Fasa 3 | Dijangka dibayar Ogos 2026 | Akan dibayar |
| Fasa 4 | Dijangka dibayar November 2026 | Akan dibayar |
NILAI DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Setiap kategori isi rumah dan bujang akan terima duit Bantuan STR dengan nilai yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi rumah adalah merangkumi individu berpasangan (ada / tiada anak) dan individu yang merupakan balu / duda / janda (ada anak).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1-2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3-4 orang | RM1,700 | RM700 |
| >5 orang | RM2,200 | RM950 |
- Kategori Bujang :
- Bujang adalah merangkumi individu belum berkahwin atau balu / duda / janda (tiada anak).
| BIL. ANAK (TANGGUNGAN) | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
*Nota : Untuk mengetahui nilai duit Bantuan STR yang dibayar setiap fasa, sila semak melalui Portal Rasmi STR.
CARA DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Berikut merupakan dua (2) cara duit Bantuan STR dibayar kepada penerima yang ada akaun bank dan yang tiada akaun bank :
| JENIS PENERIMA | CARA DUIT BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan melalui sistem ‘IBG Credit Transfer’ |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan penerima (termasuk Sabah dan Sarawak) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN STR 2026
Bagi penerima sedia ada dan pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan, semakan status sebagai penerima dan status bayaran duit Bantuan STR boleh dilakukan secara online seperti panduan berikut :
🔗 Pautan Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik pada pautan Portal Rasmi STR di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama STR 2026.
- Pada halaman tersebut, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026.