SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM : (SESI 2026) CHECK RESULT ONLINE
Ibu bapa pelajar yang telah membuat permohonan rayuan untuk kemasukkan pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2026 boleh mula membuat semakan keputusan rayuan untuk mengetahui status kelayakan dan penempatan yang terkini.
Bagaimanakah cara semakan keputusan rayuan MRSM? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN MRSM 2026
Permohonan rayuan ke pengajian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2026 untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dibuka mengikut tarikh berikut :
| TARIKH PERMOHONAN DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN DITUTUP |
|---|---|
| 26 Disember 2025 | 13 Januari 2026 |
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM
Apabila permohonan rayuan telah dibuat, pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan ke pengajian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkat 1 dan Tingkat 4 pada tarikh yang tertera di bawah :
| TARIKH SEMAKAN DIBUKA | TARIKH SEMAKAN AKHIR |
|---|---|
| 06 Februari 2026 | 10 Februari 2026 |
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM
Bagi yang telah mengemukakan permohonan rayuan pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sama ada Tingkatan 1 atau Tingkat 4, ibu / bapa atau pelajar boleh membuat semakan keputusan secara online seperti panduan berikut :
- Sila layari laman web rasmi MRSM di sini :
- Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 MRSM : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
- Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 MRSM : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
- Pilih salah satu (1) laman web di atas.
- Anda akan dibawa ka bahagian semakan MRSM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Keputusan rayuan ke MRSM bagi sesi 2026 akan dinyatakan.
- Jika layak, lokasi penempatan juga akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MRSM
Calon yang disahkan layak untuk memasuki pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Pelajar merupakan Warganegara Malaysia (ibu / bapa juga Warganegara Malaysia);
- Sihat tubuh badan dan boleh berdikari (termasuk calon berkeperluan khas yang mampu bergerak sendiri);
- Pelajar Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 (sesi 2026);
- Memperoleh keputusan akademik yang baik;
- Aktif dalam sukan dan kokurikulum;
- Keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40);
- Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
MAKLUMAT LANJUT MRSM
Untuk sebarang pertanyaan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pihak tuan / puan boleh merujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Web MRSM : https://www.malaysia.gov.my/my/topics/maktab-rendah-sains-mara-mrsm.
- E-mel Rasmi : [email protected]
- Talian Rasmi : 03-8872 3163
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan ‘Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://www.malaysia.gov.my/my/topics/maktab-rendah-sains-mara-mrsm.