EWALLET RM100 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Seramai 22 juta Rakyat Malaysia bakal menerima bantuan sebanyak RM100 yang disediakan oleh Kerajaan dengan pengkreditan tanpa tunai bermula hari esok sebagai persiapan Sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan status ewallet rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN EKASIH 2026 ONLINE : AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK RM200 SETIAP BULAN JIKA LEPAS KELAYAKAN
EWALLET RM100
Bantuan tanpa tunai RM100 ialah bantuan ONE-OFF Kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad) kepada semua rakyat Malaysia sebagai persediaan Sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Bantuan RM100 dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 |
| Kelayakan | Warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
Kelayakan penerima adalah secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada sebarang permohonan diperlukan, termasuk penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.
SEMAKAN STATUS EWALLET RM100 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN EWALLET RM100 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
| NAMA PROGRAM | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
KAEDAH PEMBAYARAN EWALLET RM100
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
CARA GUNA DUIT RM100
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf