SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Bantuan SYUKUR Sabah atau rasminya diperkenalkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan tunai yang disalurkan secara berperingkat untuk membantu seramai 100,000 ribu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.

Bagaimanakah semakan Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN 100 MYKAD 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Objektif utama kerajaan memberikan Bantuan SYUKUR kepada rakyat Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima akan terima kadar Bantuan SYUKUR sebanyak yang tertera di bawah :

PERINGKAT
BAYARAN
KADAR
BANTUAN
PEMBERIAN
SEKALIGUS
Fasa 1RM300 (Januari)
RM300 (Februari)
RM300 (Mac)
RM900
Fasa 2RM300 (April)
RM300 (Mei)
RM300 (Jun)
RM900
Fasa 3RM300 (Julai)
RM300 (Ogos)
RM300 (September)
RM900
Fasa 4RM300 (Oktober)
RM300 (November)
RM300 (Disember)
RM900

CARA PENERIMAAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan SYUKUR, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) cara penerimaan mengikut jenis penerima :

CARA PENERIMAAN BANTUANJENIS PENERIMA
Pengkreditan terus ke dalam
akaun bank
Mempunyai akaun bank
Pembayaran secara tunai di
bank
Tiada akaun bank
Pengkreditan ke dalam akaun
e-Wallet (YONO Superapp)
Tiada akaun bank

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH

Pemberian Bantuan SYUKUR adalah khusus kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
(Pemegang Kad Pengenalan Status ‘H’)
Umur Penerima18 tahun dan ke atas
KediamanMenetap di Negeri Sabah
tidak kurang dari satu tahun
Status PenerimaKetua Isi Rumah (KIR) /
Ahli Isi Rumah (AIR)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
dan tersenarai sebagai
‘Miskin / Miskin Tegar’ dalam
rekod eKasih atau PADANS

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan Bantuan SYUKUR seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700230112345.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan Bantuan SYUKUR Sabah akan di paparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau sebarang masalah berkaitan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel tertera di bawah :

  • ☎️ Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • 📱 Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • 💻 E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment