JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026 AKAN DIBAYAR : CEK AMAUN BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026 AKAN DIBAYAR : CEK AMAUN BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK

Kesemua penerima tanpa mengira kategori dan kelayakan akan terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara One-Off dengan jumlah yang sama sahaja dan boleh digunakan untuk beli apa sahaja barang keperluan asas di mana-mana premis terpilih seluruh Malaysia.

Berapakah jumlah Bantuan SARA One-Off akan dibayar? Rujuk info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK DUIT BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN TUNAI YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LULUS

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026 AKAN DIBAYAR

Bantuan SARA One-Off akan dibayar dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 (Suami)
dan
RM100 (Isteri)
Warga EmasRM100 (Individu)
BujangRM100 (Individu)

TARIKH BANTUAN SARA ONE OFF 2026 DIBAYAR

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA One-Off untuk tahun 2026 :

CARA KREDITTARIKH BAYARAN
Pengkreditan terus ke dalam
Kad Pengenalan penerima
09 Februari 2026, Isnin

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF

Bayaran Bantuan SARA One-Off hanya khas untuk yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanTiada had pendapatan
Status PerkahwinanTerbuka kepada semua
(Bujang / Berkahwin / Balu / Bercerai)

CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Sehari sebelum bayaran Bantuan SARA One-Off, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh mula cek status kelayakan mengikut panduan berikut :

LAMAN WEB RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://www.sara.gov.my/
  1. Sila layari pautan laman web rasmi yang tertera di atas.
  2. Halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [🔍 Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Tanpa (-) dan tanpa <jarak> (Contoh : 850230112345).
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan SARA One-Off akan dipaparkan.
  9. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF 2026

Setelah Bantuan SARA One-Off dibayar, penerima boleh menggunakannya mengikut cara-cara berikut :

LANGKAHCARA-CARA GUNA BANTUAN SARA
1.Kunjungi premis terpilih SARA yang
terdekat dengan anda
(kedai runcit / pasar mini / pasar raya)
2.Pilih barang keperluan asas yang
ingin dibeli
(pastikan ada label SARA pada
rak tanda harga)
3.Berikan Kad Pengenalan kepada
juruwang bertugas untuk pengesahan
penerima Bantuan SARA One-Off
4.Juruwang akan imbas setiap barang
keperluan asas yang dipilih
mengikut jumlah Bantuan SARA
One-Off
5.Bayaran akan disahkan dengan
menggunakan Kad Pengenalan
penerima
6.Resit pembelian akan diberikan
untuk rujukan baki Bantuan SARA
One-Off

RUJUKAN LANJUT BANTUAN SARA

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-off, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment