JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK

JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK

Wang Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar secara tunai kepada pemohon-pemohon yang layak dengan jumlah bermula minimum sebanyak RM200 sehingga maksimum sebanyak RM2,200 (tertakluk kelayakan penerima).

Bagaimanakah semakan jumlah wang Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan informasi lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH DUIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026 DIBAYAR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN ONE-OFF

JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan jumlah wang Bantuan STR bagi tahun 2026 yang dibayar mengikut kategori penerima :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah adalah merangkumi pasangan berkahwin (ada atau tiada anak sebagai tanggungan) atau balu / duda / janda (ada anak).
BIL. ANAK
(TANGGUNGAN)
ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1-2 OrangRM1,200RM450
3-4 OrangRM1,700RM700
>5 OrangRM2,200RM950
*Setiap isi rumah akan turut terima bayaran tambahan (SARA) dengan jumlah yang ditetapkan setiap penerima.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang adalah merangkumi individu belum berkahwin dan balu / duda / janda (tiada anak sebagai tanggungan).
BIL. ANAK
(TANGGUNGAN)
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN & KE ATAS
TiadaRM600
*Setiap penerima bujang akan terima bayaran tambahan (SARA) termasuk penerima bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun.

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026

Namun, jumlah di atas bukanlah dibayar sekaligus. Tetapi ianya dibayar secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANSTATUS
BAYARAN
TARIKH AGIHAN
Fasa Pertama (1)Telah dibayarBermula 20 Januari 2026
dan berperingkat
Fasa Kedua (2)Belum dibayarAkan diumumkan
Fasa Ketiga (3)Belum dibayarAkan diumumkan
Fasa Keempat (4)Belum dibayarAkan diumumkan

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kaedah bayara Bantuan STR adalah ditentukan mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bank
aktif
Bayaran melalui pengkreditan
‘IBG Fund Credit’ terus ke
dalam akaun bank mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
semasa permohonan
Penerima tiada akaun bank
aktif
dan
Penerima di pedalaman
Sabah dan Sarawak
Bayaran secara tunai melalui
kaunter cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)
yang terdekat dengan penerima

SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR IKUT KELAYAKAN 2026

Untuk mengetahui berapa jumlah bayaran Bantuan STR yang anda akan terima, sila semak kelayakan anda seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Jumlah bayaran Bantuan STR akan dipaparkan mengikut kelayakan (jika layak).
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib melalui :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment