TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN
Berbaki beberapa hari sahaja bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dilaksanakan secara One-Off iaitu sekaligus kepada 22 juta penerima-penerima yang berstatus layak bagi membantu menampung keperluan asas sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan (bagi umat Islam).
Bagaimanakah semakan status penerima dan bila tarikh bayaran SARA One Off? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026
Pembayaran Bantuan SARA secara One-Off akan dimasukkan secara serentak kepada setiap kategori pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF |
|---|---|
| Isi Rumah | 9 Februari 2026 (Isnin) |
| Warga Emas | 9 Februari 2026 (Isnin) |
| Bujang | 9 Februari 2026 (Isnin) |
CARA BAYARAN SARA ONE OFF 2026
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan SARA One-Off, Kerajaan telah menetapkan cara bayaran yang sama melalui platform yang mudah diterima dan digunakan iaitu melalui :
| CARA BAYARAN | PLATFORM PENERIMAAN |
|---|---|
| Bayaran secara one-off (sekaligus) tanpa tunai | Kad Pengenalan Diri (MyKad) |
NILAI BAYARAN SARA ONE OFF 2026
Nilai bayaran Bantuan SARA One-Off kepada setiap kategori adalah sama yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN SARA ONE OFF |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
KRITERIA PENERIMA SARA ONE OFF 2026
Tanpa sebarang permohonan, Bantuan SARA One-Off akan diberikan secara automatik kepada individu-individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| KRITERIA | PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Terbuka kepada semua |
| Kadar Pendapatan | Tiada had |
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2026
Untuk ketahui status anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SARA One-Off, anda boleh membuat semakan status bermula 9 Februari mengikut panduan di bawah :
- Layari laman web rasmi SARA di sini :
- Pada halaman utama SARA, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 950230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Sahkan varifkasi dengan klik kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
BARANG BOLEH BELI GUNA SARA ONE OFF
Setelah Bantuan SARA dikreditkan dalam Kad Pengenalan Diri, penerima yang layak boleh membuat pembelian barang keperluan asas yang diluluskan seperti senarai berikut :
| BIL. | KATEGORI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Minyak masak |
| 3. | Telur |
| 4. | Roti |
| 5. | Tepung |
| 6. | Biskut |
| 7. | Mi segera |
| 8. | Makanan dalam tin |
| 9. | Bahan perasa (kicap, sos cili, gula, garam & sebagainya) |
| 10. | Minuman (Milo, teh, susu & sebagainya) |
| 11. | Produk penjagaan diri (Ubat gigi, shampoo, sabun & sebagainya) |
| 12. | Ubat-ubatan (yang diluluskan oleh KKM) |
| 13. | Lampin pakai buang (Bayi / dewasa) |
| 14. | Barang sekolah |
| 15. | Produk kebersihan rumah |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-off, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA One-Off.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.