SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DIBAYAR DALAM IC

SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DIBAYAR DALAM IC

Program Bantuan Asas Rahmah dibayar ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima yang berstatus lulus dan untuk bayaran Fasa Februari ini, seramai lebih 8.1 juta rakyat dewasa Malaysia yang telah mula menerima pengkreditan.

Bagaimanakah semakan status Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BILANGAN PENERIMA LAYAK BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Untuk Fasa Februari, seramai lebih 8.1 juta penerima yang layak terima Bantuan Asas Rahmah yang merangkumi kategori dan kelayakan berikut :

KATEGORI & KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
3.7 juta penerima
Warga Emas
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
1.3 juta penerima
Bujang
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
3.1 juta penerima

JUMLAH KREDIT BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Setiap kategori akan terima jumlah pengkreditan Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari sebanyak berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH KREDIT
(FASA FEBRUARI)
Miskin & Miskin TegarRM200 / setiap ketua isi rumah
Asas Bukan MiskinRM100 / setiap ketua isi rumah
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH KREDIT
(FASA FEBRUARI)
Miskin & Miskin TegarRM150 / setiap individu
Asas Bukan MiskinRM50 / setiap individu
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH KREDIT
(FASA FEBRUARI)
Miskin & Miskin TegarRM100 / setiap individu
Asas Bukan MiskinRM50 / setiap individu

TARIKH KREDIT BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari 2026 :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT
(FASA FEBRUARI)
Isi Rumah01 Februari 2026, Ahad
Warga Emas01 Februari 2026, Ahad
Bujang01 Februari 2026, Ahad

SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Bantuan Asas Rahmah – https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa (-) dan tanpa <jarak>.
    • Contoh : 950230112345.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

atau yang tidak layak akan dipaparkan :

⛔ Nombor MyKad anda (950230112345) tiada dalam senarai penerima SARA Bulanan.

SENARAI BARANG BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Jika anda disahkan layak, anda boleh menggunakan Bantuan Asas Rahmah untuk membeli barang-barang keperluan yang diluluskan seperti berikut :

KATEGORI BARANGSENARAI DILULUSKAN
Bahan asas masakanBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili,
gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair), teh,
coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun cecair
mandian bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Barang sekolahAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.
Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk
pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan
dan sebagainya.

INFO LANJUT

Bagi mendapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment