BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 kini sudah memasuki Fasa Februari. Seramai 8.1 juta penerima yang telah disahkan layak menerima bantuan ini boleh mula membuat pembelian barangan asas di kedai dan pasar raya berdaftar.
Bagaimanakah semakan status bantuan asas rahmah fasa februari 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LAYAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT DAN KRITERIA |
|---|---|
| SARA EKASIH | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
| SARA BUKAN EKASIH | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang |
SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semak Status di Portal SARA
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semak Status di Portal MySTR
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
AMAUN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Jumlah kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Total : RM2,400 Setahun) | RM100 Sebulan (Total : RM1,200 Setahun) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan (Total : RM1,800 Setahun) | RM50 Sebulan (Total : RM600 Setahun) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Total : RM1,200 Setahun) | RM50 Sebulan (Total : RM600 Setahun) |
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai melalui kaedah seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf