BANTUAN EWALLET 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EWALLET 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan BINGKAS Selangor diteruskan pada tahun 2026 untuk membantu Keluarga yang memerlukan bantuan dalam meringankan perbelanjaan barangan keperluan asas bulanan.

Bagaimanakah semakan bantuan ewallet 2026 terbaru? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH SARA SEMAKAN 2026 TERBARU : BAYARAN FASA FEBRUARI AKAN DISALURKAN DI DALAM MYKAD PENERIMA YANG LAYAK

BANTUAN EWALLET 2026

Bantuan e-Wallet atau Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga B40 di Selangor yang memerlukan bantuan melalui barangan asas bagi memenuhi keperluan harian penerima.

Program Bantuan BINGKAS Selangor, dilaksnakan seperti berikut :

Nama ProgramBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
Jumlah Bantuan (RM)300.00
Tempoh BantuanSetiap Bulan (12 Bulan)
Kaedah PelaksanaanBayaran Tanpa tunai, melalui dompet digital e-Wallet SELANGKAH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2026

Permohonan bantuan BINGKAS ditutup buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya.

SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET 2026

Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Semak status di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

CARA GUNA DUIT BANTUAN EWALLET

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/

Leave a Comment