JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LEPAS KELAYAKAN
Duit Bantuan Tunai STR diperuntukan sehingga RM15 billion untuk diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti B40 dan M40. Namun, setiap penerima akan menerima jumlah bayaran yang berbeza mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan Tunai STR jika lepas kelayakan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Berikut merupakan jumlah duit Bantuan Tunai STR yang dibayar mengikut kategori dan juga kelayakan setiap pemohon :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Penerima isi rumah terdiri dari berkahwin (ada atau tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak).
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1-2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3-4 orang | RM1,700 | RM700 |
| Lebih 5 orang | RM2,200 | RM950 |
- KATEGORI BUJANG :
- Penerima bujang terdiri dari individu belum berkahwin atau balu / duda / janda (tiada anak).
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | Dibayar melalui Bantuan SARA | RM600 |
JADUAL AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Bantuan Tunai STR diagihkan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Januari : Mulai 20 Januari 2026 |
| Fasa Kedua (2) | Mac : Belum diumumkan |
| Fasa Ketiga (3) | Ogos : Belum diumumkan |
| Fasa Keempat (4) | November : Belum diumumkan |
CARA AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Terdapat dua (2) cara agihan Bantuan Tunai STR untuk memudahkan penerima menerima bayaran bagi setiap peringkat :
| BIL. | CARA AGIHAN BANTUAN |
|---|---|
| 1. | Agihan melalui akaun bank penerima secara berperingkat dalam sistem ‘IBG Credit Transfer‘ – kepada penerima yang mempunyai akaun bank |
| 2. | Agihan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Bagaimanapun, status kelayakan permohonan Bantuan Tunai STR boleh disemak untuk tahu berapa jumlah yang layak mengikut kelayakan. Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon yang sah.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan jumlah Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.