SEMAKAN DUIT STR 2026 : FASA 2
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 merupakan inisiatif berterusan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, khususnya golongan B40 dan M40. Bantuan ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan disalurkan secara berfasa sepanjang tahun. Bagi Fasa 1, pembayaran telah mula diterima oleh pemohon yang lulus sama ada melalui pengkreditan terus ke akaun bank atau penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
Memasuki Fasa 2 STR 2026, pembayaran dijangka diteruskan kepada penerima yang layak termasuk mereka yang telah dikemas kini status permohonan atau belum menerima bayaran sebelum ini. Jumlah bantuan adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan pendapatan, manakala kaedah pembayaran masih dikekalkan melalui akaun bank atau tuntutan tunai di BSN bagi memastikan bantuan sampai kepada semua penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan duit STR? Ikuti panduan semakan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN KASIH JOHOR : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN FASA 3 2026
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Pihak kerajaan menetapkan syarat kelayakan tertentu bagi menerima bantuan duit STR 2026. Sila buat semakan di sini syarat kelayakan menerima duit STR 2026:
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan – Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan – Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
JUMLAH DUIT STR FASA 2 2026
Bagi Fasa 2, jumlah duit STR yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah sebanyak berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah
| Bilangan Anak | Jumlah Bayaran (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 | 150 – 600 | – | – |
| 1 – 2 | 1,200 | 300 | 150 – 600 | – | – |
| 3 – 4 | 1,700 | 400 | 150 – 600 | – | – |
| 5 atau lebih | 2,200 | 500 | 150 – 600 | – | – |
- Isi Rumah Berpendapatan Kasar RM2,501 ke RM5,000
| Bilangan Anak | Jumlah Bayaran (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 | 100 – 250 | – | – |
| 1 – 2 | 450 | 100 | 100 – 250 | – | – |
| 3 – 4 | 700 | 200 | 100 – 250 | – | – |
| 5 atau lebih | 950 | 250 | 100 – 250 | – | – |
- Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar RM5,000 dan Ke Bawah
| Jumlah Bayaran (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | – | – |
- Bujang Berpendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah
| Jumlah Bayaran (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| – | – | – | – | – |
TARIKH TERIMA DUIT STR FASA 2 2026
Tarikh terima duit STR 2026 bagi Fasa 2 adalah seperti berikut:
| FASA | TARIKH TERIMA DUIT STR |
|---|---|
| Fasa 2 2026 | 10 Mac 2026 – Penerima Lama 30 Mac 2026 – Penerima Baharu |
PLATFORM TERIMA DUIT STR 2026
Terdapat dua (2) platform terima duit STR yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk memudahkan penerima mendapat bayaran, iaitu:
| JENIS PENERIMA | PLATFORM TERIMA DUIT STR 2026 |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank penerima | Bayaran secara IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
TARIKH TERIMA DUIT STR 2026
Duit bantuan STR akan diterima oleh pemohon yang layak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut:
| FASA-FASA | TARIKH TERIMA DUIT STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa 2 | Bermula 10 Mac 2026 dan berperingkat |
| Fasa 3 | Dijangka Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Dijangka November 2026 |
JUMLAH DUIT STR 2026
Jumlah duit STR untuk tahun 2026 telah ditetapkan bagi setiap kategori penerima sebanyak berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | Diganti dengan bayaran Bantuan SARA |
SEMAKAN DUIT STR 2026
Status kelayakan permohonan, status bayaran dan jumlah duit STR yang layak diterima, boleh dibuat semakan secara online mengikut panduan berikut:
- Sila layari laman rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status bayaran duit bantuan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Rasmi STR : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Segala info yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026