BANTUAN STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Inisiatif Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 menampung kos sara hidup dan bayaran Fasa 1 telah mula dibayar kepada penerima yang berstatus layak.
Bagaimanakah cek status penerima & tarikh bayar Bantuan STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA ONE OFF 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYAR BANTUAN STR 2026 FASA 1
Bayaran Bantuan STR Fasa 1 dilakukan secara berperingkat pada tarikh yang dinyatakan oleh Perdana Menteria seperti berikut :
- Bayaran Kepada Penerima Sedia Ada :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Melalui akaun bank penerima (BSN / Cimb / Maybank / Bank Islam & lain-lain bank) | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
- Bayaran Kepada Penerima Baharu :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Melalui akaun bank penerima (BSN / Cimb / Maybank / Bank Islam & lain-lain bank) | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR 2026 FASA 1
Daripada 8.1 juta penerima yang disahkan layak, namun hanya seramai 5 juta sahaja penerima yang terima bayaran Bantuan STR Fasa 1.
Berikut merupakan jumlah penerima dengan kadar implikasi pemberian Bantuan STR Fasa 1 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2.7 juta penerima | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | 1.0 juta penerima | RM0.1 billion |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | 1.3 juta penerima | RM0.2 billion |
| Bujang | 3.1 juta penerima | – |
KADAR BAYAR BANTUAN STR 2026 FASA 1
Kerajaan memberikan bayaran Bantuan STR Fasa 1 dengan kadar mengikut kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 / RM300 / RM400 / RM500 (bergantung jumlah tanggungan) |
| Isi Rumah M40 | RM100 / RM150 / RM200 (bergantung jumlah tanggungan) |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
| Bujang | – |
CEK STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026 FASA 1
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Fasa boleh disemak oleh pemohon yang telah mengemukakan permohonan sebelum pada 28 November 2025.
Rujuk cara cek status online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.