JUMLAH DUIT BANTUAN STR FASA 1 2026 : SILA SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LULUS FASA 1
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk Fasa 1 tahun 2026 dibayar dengan jumlah bermula RM100 sehingga RM500 bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat bagi awal tahun dan jumlah bayaran adalah tertakluk kepada kelayakan pemohon yang lulus permohonan.
Bagaimanakah semak jumlah duit Bantuan STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA ONE OFF 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH DUIT BANTUAN STR FASA 1 2026
Duit Bantuan STR Fasa 1 dibayar dengan jumlah yang sepadan dengan kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah – Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM400 Lebih 5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM100 3 – 4 anak : RM150 Lebih 5 anak : RM200 |
- Kategori Bujang :
- Bujang – Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak sebagai tanggungan).
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | Dibayar melalui SARA |
| Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas | RM150 (setiap individu) |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Medium bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah mengikut kepada penerima-penerima seperti berikut :
- Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
| KELAYAKAN PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima sedia ada / penerima baharu yang mempunyai akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan STR | Bantuan STR Fasa 1 dibayar melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat |
- Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
| KELAYAKAN PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima sedia ada / penerima baharu yang tiada akaun bank aktif atau tidak melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan STR (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) | Bantuan STR Fasa 1 dibayar secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan STR Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| MEDIUM BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR |
|---|---|
| Bayaran melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Bermula : 20 Januari 2026, Selasa dan Berperingkat |
| Bayaran tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026, Selasa dan pada bila-bila masa |
SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Pemohon-pemohon boleh membuat semakan status kelayakan dan status bayaran (termasuk jumlah) Bantuan STR Fasa 1 yang akan diterima. Ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Dalam Proses Kredit / Telah Dikreditkan / Gagal Kredit.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Artikel ini adalah dirujuk berdasarkan sumber rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.