SEMAK DUIT STR FASA 1 2026 : CEK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK
Terkini, duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR telah mula disalurkan kepada pemohon yang berstatus ‘Layak’ melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan bayaran melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula Hari Ini (20 Januari 2026).
Bagaimanakah semak duit STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 FASA 1 : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100)
SEMAK DUIT STR FASA 1 2026
Untuk tahu status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 telah dikreditkan atau masih dalam proses, penerima boleh membuat semakan seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status pembayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
- Bayaran Masih Dalam Proses; atau
- Bayaran Telah Dikreditkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 melibatkan kadar implikasi sehingga RM1.1 billion untuk disalurkan kepada seramai 5 juta penerima yang layak :
| KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2.7 juta penerima | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | 1.0 juta penerima | RM0.1 billion |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima | RM0.2 billion |
JUMLAH DUIT STR FASA 1 2026
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM400 Lebih 5 anak : RM500 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM100 3 – 4 anak : RM150 Lebih 5 anak : RM200 |
| Warga Emas | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 secara berperingkat kepada penerima pada tarikh seperti berikut :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Terima bayaran melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Terima bayaran melalui akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Bermula : 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
INFO LANJUT STR
Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib STR yang rasmi di bawah :
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian Rasmi STR : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.