SEMAKAN STATUS SARA 2026 FASA 1 : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100)

SEMAKAN STATUS SARA 2026 FASA 1 : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 FASA 1, Januari untuk semua kategori telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak untuk dibelanjakan di kedai atau pasar raya berdaftar bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status sara 2026 fasa 1? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR 2026 SEMAKAN BAYARAN FASA 1 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi Rumah / Warga Emas Tanpa Pasangan / BujangPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;

Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.

JUMLAH PEMBAYARAN SARA 2026 FASA 1 (JANUARI)

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Januari 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

TARIKH PEMBAYARAN SARA 2026 FASA 1 (JANUARI)

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN SARA JANUARI
Isi Rumah &
Warga Emas (Tiada Pasangan)
9 Januari 2026 (Jumaat)
Bujang16 Januari 2026 (Jumaat)

Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

SEMAKAN STATUS SARA 2026 FASA 1

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak (jika anda layak)
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

CARA GUNA KREDIT SARA DALAM MYKAD

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

Leave a Comment