BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 telah mula dikreditkan bermula pada 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat kepada seramai 5 juta individu yang telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran STR Fasa 1 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
PLATFORM PENERIMAAN STR FASA 1 2026
Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memudahkan penerima yang tiada akaun bank dan penerima akaun bank capat menerima bayaran tanpa sebarang masalah.
Berikut merupakan platform bayaran yang disediakan :
| JENIS PENERIMA | PLATFORM PENERIMAAN |
|---|---|
| Penerima tiada akaun bank (Termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
| Penerima mempunyai akaun bank | Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2026 telah mula dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri. Bayaran akan bermula pada tarikh berikut :
| PLATFORM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula : 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Pengkreditan tunai melalui akaun bank penerima | Bermula : 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
KADAR BAYARAN STR FASA 1 2026
Kadar implikasi bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melibatkan sebanyak RM1.1 billion yang akan dibayar kepada 5 juta penerima isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas dengan kadar sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN | KADAR IMPLIKASI |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 >5 anak : RM200 | RM0.1 billion |
| Warga Emas | RM150 | RM0.2 billion |
SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 1 2026
Bagi pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh membuat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 1.
| LAMAN WEB RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti cara semakan kelayakan secara online seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang sah.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang masalah atau jika ingin dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau boleh rujuk pihak berwajib melalui :
- Layari : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026.
- Hubungi : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel ke : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.