JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) ini, seramai 5 juta pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan dan disahkan ‘Layak’ akan terima wang Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 dengan jumlah yang telah ditentukan oleh pihak Kerajaan kepada setiap kategori.
Bagaimanakah semak jumlah wang Bantuan STR? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
IMPLIKASI WANG BANTUAN STR 2026
Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, Kerajaan akan salurkan kepada rakyat melalui agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Untuk bayaran Bantuan STR Fasa 1, implikasi kewangan akan melibatkan sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA | IMPLIKASI KEWANGAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 2.7 juta | RM0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | 1.0 juta | RM0.1 billion |
| Warga Emas | 1.3 juta | RM0.2 billion |
| 5.0 juta | RM1.1 billion |
JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026
Wang Bantuan STR untuk tahun 2026 akan disalurkan dengan jumlah bermula RM200 sehingga RM2,200 bergantung kepada kategori dan jumlah anak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH WANG BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 Lebih 5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 Lebih 5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
- Bayaran Bantuan STR untuk yang layak Fasa 1 adalah sebanyak jumlah berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH WANG BANTUAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 – RM500 (tertakluk jumlah anak) |
| Isi Rumah M40 | RM100 – RM200 (tertakluk jumlah anak) |
| Warga Emas | RM150 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR akan dilaksanakan secara berperingkat melalui fasa-fasa yang dinyatakan pada tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Akan dikemaskini semula apabila diumumkan |
| Fasa 3 | Akan dikemaskini semula apabila diumumkan |
| Fasa 4 | Akan dikemaskini semula apabila diumumkan |
SYARAT LAYAK BANTUAN STR 2026
Pemohon yang terpilih layak terima Bantuan STR adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kelayakan Penerima Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN B40 | KELAYAKAN M40 |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had | Tiada had |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 | RM2,501 hingga RM5,000 sebulan |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal |
- Kelayakan Penerima Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun & ke atas |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau tidak lebih RM5,000 |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Kematian pasangan atau Bercerai (tiada tanggungan) |
SEMAK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN STR 2026
Bagi pemohon yang ingin mengetahui status kelayakan dan berapa jumlah Bantuan STR yang layak diterima, ikuti cara semakan secara online yang mudah di bawah :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk lebih lanjut atau sebarang masalah berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026.