SEMAKAN SARA 2026 BUJANG : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN SARA 2026 BUJANG : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 SETIAP BULAN)

Terkini, kira-kira seramai lebih 3.1 juta individu yang merupakan golongan bujang (belum berkahwin / kematian pasangan / bercerai tiada anak) layak menerima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM50 dan RM100 setiap bulan melalui Kad Pengenalan.

Bagaimanakah semakan status SARA Bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 BILA BAYAR FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU SARA BUJANG?

SARA adalah merujuk kepada Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan setiap bulan bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah termasuk golongan bujang.

Inisiatif Bantuan SARA mula dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk diguna pakai sebagai kad untuk membeli barang-barang keperluan harian seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026 BUJANG

Terdapat dua (2) jumlah bayaran Bantuan SARA yang berbeza untuk kategori bujang, iaitu RM50 dan RM100 diberikan setiap bulan mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN SARA
Bujang Tersenarai
Dalam Rekod eKasih
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang Tidak Tersenarai
Dalam Rekod eKasih
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

KRITERIA PENERIMA SARA BUJANG

Namun, bukan semua golongan bujang layak terima Bantuan SARA kerana ianya diberikan khusus kepada bujang-bujang yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN BUJANG
EKASIH
KELAYAKAN BUJANG
BUKAN EKASIH
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu /
Duda / Janda
(tiada anak)
Bujang / Balu /
Duda / Janda
(tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan
Bawah RM2,500
Permohonan
STR
LulusLulus
Status
Pelajar
Bukan Pelajar
Sepenuh Masa
Bukan Pelajar
Sepenuh Masa

TARIKH PENERIMAAN SARA 2026 BUJANG

Penerima bujang sama ada eKasih atau bukan eKasih akan terima bayaran Bantuan SARA melalui tarikh yang sama untuk sepanjang tahun 2026 seperti berikut :

PENERIMA BUJANG
EKASIH
PENERIMA BUJANG
BUKAN EKASIH
16 Januari 202616 Januari 2026
1 Februari 20261 Februari 2026
1 Mac 20261 Mac 2026
1 April 20261 April 2026
1 Mei 20261 Mei 2026
1 Jun 20261 Jun 2026
1 Julai 20261 Julai 2026
1 Ogos 20261 Ogos 2026
1 September 20261 September 2026
1 Oktober 20261 Oktober 2026
1 November 20261 November 2026
1 Disember 20261 Disember 2026

SEMAKAN SARA 2026 BUJANG

Individu bujang kini boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA. Ikuti cara semakan yang betul dan mudah di bawah :

LAMAN RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://www.sara.gov.my/
  1. Layari pautan laman web rasmi SARA yang tertera di atas.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
  6. Sahkan Verifikasi dengan klik kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima SARA Bulanan Bujang akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status penerima bujang yang layak terima Bantuan SARA :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula16/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)50.00

MAKLUMAT LANJUT SARA

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), layari laman web rasmi SARA https://www.sara.gov.my/ atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment