STR 2026 BILA BAYAR FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2026 BILA BAYAR FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Tentunya pemohon yang disahkan ‘Layak’ tidak sabar menantikan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagaimanapun, bayaran Fasa 1 akan mula diagihkan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang telah ditetapkan.

Bila bayar STR Fasa 1 2026? Bagaimana cara semakan status penerima? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH BARANG DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BAGAIMANA CARA BAYAR STR 2026

Untuk memudahkan penerima menerima bayaran Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran yang mudah mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUNPENERIMA TIADA AKAUN
Bagi penerima yang mempunyai
akaun bank yang aktif perlu
menunggu bayaran STR dikredit
ke dalam akaun secara
berperingkat kerana menggunakan
sistem ‘IBG Fund Transfer’
Bagi penerima yang tiada
akaun bank atau status ‘Gagal
Kredit’, perlu menuntut bayaran
STR di kaunter cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) yang
terdekat

BERAPA JUMLAH BAYAR STR FASA 1

Jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah sehingga RM500. Namun, ianya akan dibayar mengikut kategori dan kelayakan penerima dan bilangan anak yang ada seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM200 – RM500
(tertakluk bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100 – RM200
(tertakluk bilangan anak)
Warga EmasRM150

STR 2026 BILA BAYAR FASA 1

Berbaki 3 hari sahaja lagi bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada tarikh seperti di bawah :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Bermula 20 Januari 2026
dan berperingkat

SIAPA LAYAK TERIMA STR 2026

Hanya dua (2) kategori sahaja yang layak terima bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026, iaitu kategori isi rumah dan warga emas yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
(ISI RUMAH)
KELAYAKAN
(WARGA EMAS)
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had UmurTiada had60 tahun & ke atas
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / bercerai (ada anak)
Bujang
atau
Balu / bercerai (tiada anak
sebagai tanggungan)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
atau
RM2,501 – RM5,000 (M40)
Tidak melebihi
RM5,000

SEMAKAN STATUS STR 2026 FASA 1

Bagi pemohon sedia ada atau pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan, status kelayakan sebagai penerima bayaran STR Fasa 1 boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment