STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Pertama (1) bagi tahun 2026 akan mula dibayar kepada penerima yang berstatus ‘Layak’. Tarikh bayaran yang rasmi telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 dan bagaimanakah semak status layak atau tidak? Ikuti maklumat dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN RM200 : 2026 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

CARA STR 2026 DIBAYAR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 bakal dibayar melalui dua (2) cara yang memudahkan penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA STR DIBAYAR
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan
melalui Online Banking
secara berperingkat
Tiada akaun bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai di
kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat
dengan penerima

STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 secara berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang bertarikh pada :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYAR STR FASA 1
Penerima Sedia AdaMulai 20 Januari 2026 (Selasa)
Penerima BaharuMulai 20 Januari 2026 (Selasa)
*Bayaran dilaksanakan dari tarikh yang dinyatakan di atas dan berperingka selama tiga (3) atau hingga ke tujuh (7) hari.

KADAR STR FASA 1 DIBAYAR

Tentunya Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima yang ditetapkan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR STR FASA 1
Isi Rumah B40RM200
hingga
RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah M40RM100
hingga
RM200
(tertakluk jumlah anak)
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGKADAR STR FASA 1
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
Bujang Umur
60 tahun & ke atas
RM150

SEMAK STATUS STR 2025 FASA 1

Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Melalui artikel ini, kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memudahkan pembaca mendapat maklumat terkini dan sahih berkaitan Bantuan STR.

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada pihak berwajib melalui : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment