BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN : SEMAKAN NAMA PENERIMA YANG LAYAK UNTUK DAPAT BANTUAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Inisiatif Bantuan eKasih RM200 sebulan bukanlah dikreditkan ke dalam akaun bank. Namun, ianya dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad ketua isi rumah yang namanya telah tersenarai dalam rekod data eKasih untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan nama penerima Bantuan eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
SIAPA LAYAK BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN?
Bantuan eKasih sebanyak RM200 sebulan diberikan khas kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Rekod eKasih | Tersenarai dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2025 |
| Permohonan STR 2026 | Lulus ✅ |
JADUAL KREDIT BANTUAN EKASIH RM200
Pengkreditan Bantuan RM200 setiap bulan akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH
Untuk ketahui nama anda tersenarai atau tidak sebagai penerima Bantuan eKasih, anda boleh membuat semakan secara atas talian (online) melalui portal rasmi yang tertera di bawah :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Walaupun anda tidak tersenarai dalam rekod data eKasih, anda masih berpeluang mendapatkan bayaran Bantuan SARA Dalam MyKasih pada setiap bulan dengan kadar RM50 dan RM100. Ikuti cara semakan penerima SARA seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 84XXXXXXXXXX).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT EKASIH
Sebarang masalah atau pertanyaan tentang informasi yang lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib melalui talian dan laman yang tertera di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.