TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH PERINGKAT FASA 1 2026

TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH PERINGKAT FASA 1 2026

Perdana Menteri, telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) peringkat Fasa pertama (1) akan mula dibayar pada bulan Januari ini kepada semua isi rumah dan warga emas yang layak.

Bilakah tarikh Bantuan STR Fasa 1 dibayar? Ikuti info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL BULANAN SARA EKASIH 2026 : TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD KEPADA PENERIMA YANG LAYAK SETIAP BULAN

TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2026 akan mula dibayar kepada penerima sedia ada dan penerima baharu secara berperingkat dari tarikh yang diumumkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BANTUAN STR
FASA 1 DIBAYAR
Penerima Sedia AdaMulai 20 Januari 2026
dan berperingkat
Penerima BaharuMulai 20 Januari 2026
dan berperingkat

AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar bermula RM50 hingga RM500 mengikut kepada kategori dan kelayakan penerima seperti kadar pendapatan dan jumlah anak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
FASA 1 DIBAYAR
Isi Rumah B40RM500
Isi Rumah M40RM50 hingga RM250
(bergantung jumlah anak)
Warga EmasRM150
Bujang

CARA BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR

Inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar melalui dua (2) cara yang ditetapkan mengikut kepada jenis-jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BANTUAN STR DIBAYAR
Penerima Ada Akaun BankDibayar secara pengkreditan
Online Banking terus ke dalam
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan
Penerima Tiada Akaun BankDibayar secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 2026

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Fasa 1 hanya boleh disemak secara online melalui Porta Rasmi seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi yang tertera di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama STR.
  3. Untuk semakan, sila klik [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanoa sengkang (-).
  5. Terus klik pada butang [Semak].
  6. Anda akan dipaparkan [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard STR akan dipaparkan.
  11. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT STR

Segala informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan STR Fasa 1, anda boleh dapatkan daripada pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment