SARA 2026 200 BULANAN : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

SARA 2026 200 BULANAN : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

Bayaran Bantuan SARA Bulanan bermula pada bulan Januari kepada 8.1 juta penerima yang layak. Namun, bayaran sebanyak RM200 hanya khas diberikan kepada hampir 1 juta Ketua Isi Rumah yang memenuhi kelayakan sahaja.

Bagaimanakah cek kelayakan SARA 200 bulanan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA SEMASA AGIHAN FASA 1

KEGUNAAN SARA BULANAN 2026

Bantuan SARA Bulanan yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan perlu digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Antara barang yang boleh dibeli adalah termasuk :

BIL.KATEGORI BARANGAN
1.Beras
2.Telur
3.Minyak Masak
4.Tepung
5.Roti
6.Biskut
7.Mi Segera
8.Minuman
(susu, teh, kopi, susu bayi)
9.Bahan Perasa
(sos, kicap, gula, garam)
10.Makanan Dalam Tin
(Sardin, Tuna)
11.Produk Penjagaan Diri
(Ubat gigi, tuala wanita, sabun, lampin bayi)
12.Ubat-ubatan
(yang diluluskan oleh KKM)
13.Keperluan Sekolah
(pakaian seragam, kasut, beg sekolah, alat tulis)
14.Barang Kebersihan Rumah
(Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk, lantai)

TARIKH BAYARAN SARA 200 BULANAN

Setiap penerima yang layak, akan terima bayaran Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
09/01/2026 (Jumaat)RM200
01/02/2026 (Ahad)RM200
01/03/2026 (Ahad)RM200
01/04/2026 (Rabu)RM200
01/05/2026 (Jumaat)RM200
01/06/2026 (Isnin)RM200
01/07/2026 (Rabu)RM200
01/08/2026 (Sabtu)RM200
01/09/2026 (Selasa)RM200
01/10/2026 (Khamis)RM200
01/11/2026 (Ahad)RM200
01/12/2026 (Selasa)RM200
*NOTA : Jika Bantuan SARA tidak habis digunakan atau belum digunakan, baki akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.

SYARAT LAYAK SARA 200 BULANAN

Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 akan diberikan khas kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had umur
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu (kematian pasangan)
atau
Duda / Janda (bercerai)
ada anak
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
Semasa 2026
Rekod Data eKasihBerdaftar & tersenarai dalam
rekod data eKasih
Permohonan STR 2026Lulus ✅

CEK KELAYAKAN SARA 2026 200 BULANAN

Ikuti cara cek kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 seperti panduan lengkap yang tertera di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Berikut adalah contoh paparan status kelayakan penerima Bantuan SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Bulanan, boleh dapatkan melalui pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment