JUMLAH BANTUAN SARA 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA DALAM MYKAD PEMOHON YANG LAYAK

JUMLAH BANTUAN SARA 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA DALAM MYKAD PEMOHON YANG LAYAK

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 akan diberikan bermula dengan jumlah minimum RM600 sehingga jumlah maksimum sebanyak RM2,400 (tertakluk kepada kelayakan kategori penerima).

Bagaimanakah cara semak jumlah bayaran Bantuan SARA akan diterima oleh pemohon yang layak? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 SEMAKAN KELULUSAN  FASA 1 : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TERBARU

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Tentunya jumlah bayaran Bantuan SARA tidak akan sama bagi setiap penerima kerana ianya akan diberikan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Isi Rumah Miskin TegarRM200 sebulanRM2,400
Isi Rumah Bukan MiskinRM100 sebulanRM1,200
Warga Emas Miskin TegarRM150 sebulanRM1,800
Warga Emas Bukan MiskinRM50 sebulanRM600
Bujang Miskin TegarRM100 sebulanRM1,200
Bujang Bukan MiskinRM50 sebulanRM600

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Bantuan SARA akan dibayar kepada semua penerima yang layak setiap bulan bermula Januari hingga Disember mengiku pada tarikh seperti berikut :

TARIKH BAYARAN BULANAN
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA melalui kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Semenanjung MalaysiaDikreditkan secara automatik terus
ke dalam MyKad (Kad Pengenalan)
penerima setiap bulan dan perlu
digunakan untuk beli barang keperluan
secara tanpa tunai (cashless)
Sabah, Sarawak & W.P LabuanDikreditkan secara automatik terus
ke dalam MyKad (Kad Pengenalan)
penerima setiap bulan dan perlu
digunakan untuk beli barang keperluan
secara tanpa tunai (cashless)

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026

Untuk ketahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, anda boleh membuat semakan status secara online mengikut pada panduan yang tertera di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN (LINK)
SARA MyKasihhttps://mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan (link) Portal Rasmi SARA MyKasih yang tertera di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan nombor MyKad anda tanpa sengkang & jarak.
    • Contoh : 850230112345.
  5. Klik pada kotak [/] Verify As Human.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima yang layak akan dipaparkan (seperti di bawah).
  8. Selesai.
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Yang Terkumpul Setakat
Hari Ini (RM)
100.00

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Rasmi SARA03 7720 1800
Laman Pertanyaan SARAhttps://mykasih.com.my/contact-us/
E-mel Rasmi SARA[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment