SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)

SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)

Inisiatif Bantuan SARA Bulanan (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 akan mula dilaksanakan bermula pada 9 Januari 2026, Jumaat ini khas kepada seramai 8.1 juta penerima yang terdiri dari kategori isi rumah, warga emas dan juga bujang.

Bagaimanakah semakan status penerima SARA Bulanan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026 : CHECK KELULUSAN LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

KADAR KREDIT SARA BULANAN

Kadar Bantuan SARA akan dikreditkan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima supaya setiap rakyat mendapat bantuan yang sepadan dengan kelayakan masing-masing.

Berikut adalah kadar kredit Bantuan SARA setiap bulan :

KATEGORI & KELAYAKANKADAR KREDIT
Isi Rumah
Status Miskin
RM200 setiap bulan
Isi Rumah
Status Asas
RM100 setiap bulan
Warga Emas
Status Miskin
RM150 setiap bulan
Warga Emas
Status Asas
RM50 setiap bulan
Bujang
Status Miskin
RM100 setiap bulan
Bujang
Status Asas
RM50 setiap bulan

PLATFORM KREDIT SARA BULANAN

Bantuan SARA bukan dikreditkan dalam akaun bank dan bukan juga dibayar secara tunai. Namun, ianya akan dikreditkan melalui satu (1) platform yang sama kepada semua penerima iaitu melalui :

  • Platform kredit SARA – Kad Pengenalan (IC) penerima.

JADUAL KREDIT SARA BULANAN 2026

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan SARA secara bulanan melalui IC penerima mengikut jadual dari Januari hingga Disember 2026 (12 bulan) seperti jadual yang tertera di bawah :

BIL.TARIKH KREDIT
1.9 & 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2026

Semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MyKasih https://mykasih.com.my/. mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi MyKasih.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
  6. Tunggu pengesahan Verifikasi.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Nota : Status kelayakan SARA boleh diketahui sehari sebelum tarikh pelaksanaan iaitu pada 8 Januari 2026 (isi rumah & warga emas) dan 15 Januari 2026 (bujang).

KEGUNAAN SARA BULANAN

Setelah status disahkan layak, penerima akan menerima kredit SARA dalam IC dan perlu digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas mengikut senarai berikut :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Barang makanan kering :
    • Roti, biskut, dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

INFO LANJUT SARA

Informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan pembaca mengetahui maklumat terkini berkaitan Bantuan SARA. Namun, untuk info yang lebih lanjut, boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui berikut :

1 thought on “SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)”

Leave a Comment