PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 (STR FASA 1) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA
Nama-nama yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah direkodkan hampir 9 juta dan mereka yang tersenarai akan menerima pembayaran fasa yang pertama (1) untuk tahun 2026 tidak lama lagi.
Bagaimanakah semak pembayaran & senarai nama penerima Bantuan Tunai Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 BILA MASUK : SEMAK SENARIA NAMA PENERIMA BANTUAN SARA
APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bantuan Tunai Rahmah atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan kewangan yang diperuntukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.
Bantuan Tunai Rahmah bakal disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun 2026 yang lazimnya dibayar sebelum perayaan besar supaya rakyat dapat menggunakannya untuk persiapan perayaan.
PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Pihak Kerajaan akan melaksanakan pembayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 mengikut jadual (jangkaan) seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 *Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 *Sebelum / selepas Perayaan Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 *Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan |
| Fasa 4 | November 2026 *Sebelum Perayaan Deepavali |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Tidak semua penerima akan terima bayaran Bantuan Tunai Rahmah dengan jumlah yang sama. Namun, jumlah bayaran akan diberikan berdasarkan kelayakan setiap kategori seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 – 0 anak RM1200 – 1/2 anak RM1700 – 3/4 anak RM2200 – lebih 5 anak |
| Isi Rumah M40 | RM200 – 0 anak RM450 – 1/2 anak RM700 – 3/4 anak RM950 – lebih 5 anak |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Nama penerima dan status kelayakan Bantuan Tunai Rahmah boleh disemak secara online mengikut panduan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status & nama penerima Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Jika informasi dalam artikel ini tidak mencukupi, pihak tuan / puan boleh mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai Rahmah melalui laman, talian dan e-mel yang rasmi dari pihak berkuasa seperti berikut :
- Laman Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian Rasmi : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]