MYKASIH SARA 2026 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)
Inisiatif Bantuan MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal diteruskan lagi untuk tahun 2026 bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan tambahan untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status MyKasih SARA bila masuk? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
MYKASIH SARA 2026 BILA MASUK
Bantuan SARA untuk tahun 2026 akan dimasukkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak pada tarikh-tarikh seperti berikut :
- Januari 2026.
- 1 Februari 2026.
- 1 Mac 2026.
- 1 April 2026.
- 1 Mei 2026.
- 1 Jun 2026.
- 1 Julai 2026.
- 1 September 2026.
- 1 Oktober 2026.
- 1 November 2026.
- 1 Disember 2026.
*Namun, tarikh bayaran setiap bulan di atas akan dikemaskini semula jika terdapat perubahan / pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
JUMLAH MYKASIH SARA 2026
Bantuan SARA akan dibayar dengan jumlah yang berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BANTUAN 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin & MIskin Tegar | RM200 setiap bulan sehingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BANTUAN 2026 |
|---|---|
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan sehingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BANTUAN 2026 |
|---|---|
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026
Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh dilakukan melalui dua (2) platform seperti berikut :
- Cara Semak Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan
- [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN MYKASIH SARA 2026
Setelah disahkan layak, penerima akan menerima Bantuan SARA melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing dan ianya perlu digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Berikut merupakan antara barang yang boleh beli guna MyKasih SARA :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH SARA 2026
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]