BANTUAN SARA HIDUP 2026 : CHECK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LULUS ATAU GAGAL (RM200 & RM100 & RM50)
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dan memenuhi keperluan penerima dengan pemberian tanpa tunai melalui barangan keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah check kelayakan pemohon bantuan sara hidup 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN SARA HIDUP
Bantuan SARA Hidup atau dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan kerajaan kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan yang diberikan secara bulanan untuk menampung perbelanjaan barangan keperluan asas penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA HIDUP
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :
- Cara Bayaran : Tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Tempoh Bantuan : Setiap Bulan (12 Bulan)
- Manfaat : Membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai atau pasar raya berdaftar Program SARA/MyKasih
Jadual Pembayaran SARA 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SARA BULANAN (SARA EKASIH & BUKAN EKASIH) | Setiap Bulan Bermula Januari 2026 sehingga Disember 2026 |
| SARA ONE-OFF | Sekali Pembayaran pada Pertengahan Februari 2026 |
KADAR BANTUAN SARA HIDUP 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- SARA EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
- SARA BUKAN EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan | RM600 |
Setiap kategori penerima bakal menerima RM100 one-off pada pertengahan Februari 2026 sempena sambutan Bulan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
CHECK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN SARA HIDUP
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan di Portal SARA; dan
- Semakan di Portal MySTR
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]