BANTUAN EKASIH RM300 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DAPAT BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN – CEK SEGERA

BANTUAN EKASIH RM300 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DAPAT BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN – CEK SEGERA

Seramai 1 juta individu tersenarai dalam rekod data eKasih akan terima Bantuan SARA secara automatik dalam IC (Kad Pengenalan) setiap bulan dengan kadar lebih banyak berbanding 8 juta penerima yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.

Bagaimanakah cara cek status pemohon Bantuan eKasih RM300? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH SEMAKAN STR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS PEMOHON YANG LAYAK AKAN MENERIMA BAYARAN BANTUAN

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2026

Berikut adalah perbezaan jumlah Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan jumlah Bantuan SARA kepada penerima bukan eKasih :

  • Jumlah Bantuan Bagi Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
+ RM100 sekaligus
Warga EmasRM150 setiap bulan
+ RM100 sekaligus
BujangRM100 setiap bulan
+ RM100 sekaligus
  • Jumlah Bantuan Bagi Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
+ RM100 sekaligus
Warga EmasRM50 setiap bulan
+ RM100 sekaligus
BujangRM50 setiap bulan
+ RM100 sekaligus

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN EKASIH 2026

Bantuan SARA eKasih akan diterima oleh penerima yang layak sepanjang tahun 2026 mengikut jadual seperti berikut :

JENIS BAYARANTARIKH PENERIMAAN
Bayaran Setiap BulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
Bayaran SekaligusPertengahan Februari 2026

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN EKASIH RM300 2026

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja layak terima Bantuan SARA RM300 dalam IC. Berikut adalah syarat kelayakan peenrima :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan di bawah PGK semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2026

Bagi pemohon yang telah mendaftar eKasih, cek status kelayakan anda mengikut panduan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, sila cek status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment