BANTUAN EKASIH 200 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN – SEMAK SEKARANG

BANTUAN EKASIH 200 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN – SEMAK SEKARANG

Kategori Isi Rumah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih bakal menerima bantuan bulanan dengan kadar pembayaran sehingga RM200 sebulan, untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan asas dengan lebih mencukupi.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih 200 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026 : CEK AMAUN PEMBAYARAN BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LULUS KELAYAKAN FASA 1

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 200

Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih RM200 tahun 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori : Isi Rumah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih tidak memerlukan sebarang permohonan. Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 200

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 akan disalurkan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH PEMBAYARANKADAR BANTUAN (RM)
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200
Mac 2026RM200
April 2026RM200
Mei 2026RM200
Jun 2026RM200
Julai 2026RM200
Ogos 2026RM200
September 2026RM200
Oktober 2026RM200
November 2026RM200
Disember 2026RM200
TOTALRM2,400

SEMAKAN STATUS PEMOHON BANTUAN EKASIH 200

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment