BANTUAN DALAM IC B40 2026 (RM100 & RM200 SETIAP BULAN) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SEKARANG
Golongan B40 atau yang berpendapatan rendah mendapat perhatian oleh Kerajaan. Oleh itu, mereka akan terima pelbagai bentuk bantuan termasuk bayaran Bantuan Dalam IC yang akan diberikan setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Dalam IC B40? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN DALAM IC B40 2026
Untuk tahun 2026, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dikreditkan dalam IC penerima sebanyak jumlah berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) | RM200 x 12 bulan = RM2,400 setahun |
| Warga Emas B40 (Daftar eKasih) | RM150 x 12 bulan = RM1,800 setahun |
| Bujang B40 (Daftar eKasih) | RM100 x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Isi Rumah B40 & M40 (Bukan eKasih) | RM100 x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Warga Emas B40 & M40 (Bukan eKasih) | RM50 x 12 bulan = RM600 setahun |
| Bujang B40 (Bukan eKasih) | RM50 x 12 bulan = RM600 setahun |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM IC B40 2026
Untuk tahu status layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dalam IC, semakan boleh dilakukan secara online mengikut panduan seperti berikut :
- Sila layari pautan Laman web rasmi MyKasih di sini :
- Scroll ke bawah sedikit dan klik [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Baru klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota Penting : Status yang dipaparkan mungkin untuk tahun 2025. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat semakan status secara berkala bagi mengetahui status kelayakan terkini untuk tahun 2026.
JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM IC 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dikreditkan dalam IC penerima yang layak pada setiap bulan sepanjang tahun 2026 mengikut jadual seperti berikut :
| BIL. | TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| 1. | Januari 2026 |
| 2. | Februari 2026 |
| 3. | Mac 2026 |
| 4. | April 2026 |
| 5. | Mei 2026 |
| 6. | Jun 2026 |
| 7. | Julai 2026 |
| 8. | Ogos 2026 |
| 9. | September 2026 |
| 10. | Oktober 2026 |
| 11. | November 2026 |
| 12. | Disember 2026 |
KEGUNAAN BANTUAN DALAM IC 2026
Setelah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dikreditkan dalam IC, penerima yang layak boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Telur gred A / B / C / D.
- Minyak masak paket / botol.
- Pelbagai jenis Roti.
- Tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan sebagainya.
- Biskut kering dan biskut berkrim.
- Mi segera.
- Bahan perasa seperti cukup rasa, sos cili, kicap, garam, gula dan sebagainya.
- Makanan dalam tin seperti sardin dan tuna.
- Minuman seperti susu, teh, kopi, susu bayi dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri seperti ubat gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita, lampin bayi pakai buang dan sebagainya.
- Keperluan sekolah seperti alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan sebagainya.
- Barang kebersihan rumah seperti sabun pencuci baju, pencuci pinggan dan pencuci lantai.
- Ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM.
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC 2026
Pembelian hendaklah secara tanpa tunai kerana penerima tidak boleh membuat pengeluaran tunai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dari dalam IC. Ikuti cara guna yang lengkap berikut :
- Kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
- Pilih barang-barang keperluan yang diluluskan dalam senarai.
- Pergi ke kaunter bayaran yang mempunyai sistem MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang yang bertugas untuk sahkan kelayakan & baki.
- Juruwang akan menyatakan baki yang ada dalam IC.
- Jika melebihi had baki, penerima perlu membayar lebihan barang secara tunai.
- Juruwang akan sahkan bayaran dengan menggunakan IC penerima.
- Resit dan IC penerima akan diberikan.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dalam IC, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]