TARIKH BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bakal dilaksanakan selama 12 bulan iaitu setiap bulan dari Januari hingga Disember 2026 bagi membantu meringankan bebenan kos sara hidup dari semasa ke semasa.
Bilakah tarikh bayaran SARA dan bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan dan panduan di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Bantuan SARA akan dibayar berdasarkan status kelayakan dan kategori penerima seperti berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun | Isi Rumah : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas : RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun | Warga Emas : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun | Bujang : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN SARA 2026
Bantuan SARA untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima yang layak mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
- ** Januari 2026 (akan dikemaskini).
- 1 Februari 2026.
- 1 Mac 2026.
- 1 April 2026.
- 1 Mei 2026.
- 1 Jun 2026.
- 1 Julai 2026.
- 1 Ogos 2026.
- 1 September 2026.
- 1 Oktober 2026.
- 1 November 2026.
- 1 Disember 2026.
*Bagaimanapun, tarikh-tarikh di atas akan dikemaskini semula sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan.
CARA BAYARAN SARA 2026
Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan SARA kepada semua kategori dan kelayakan penerima dengan cara yang sama seperti berikut :
- Dibayar setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak dan boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).
KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk penerima Bantuan SARA, antaranya adalah :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Had Umur Setiap Kategori :
- Isi Rumah : Tiada Had Umur.
- Warga Emas : 60 tahun & ke atas.
- Bujang : 19 hingga 59 tahun.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah Garis Kemiskinan Semasa (bagi yang berdaftar dengan eKasih); atau
- Bermula RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan (bagi penerima asas).
- Status Permohonan STR :
- Lulus sebagai penerima STR 2026.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh diketahui dengan membuat semakan secara atas talian (online) melalui dua (2) platform rasmi yang disediakan seperti berikut :
| PLATFORM | PAUTAN |
|---|---|
| Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
| Aplikasi MyKasih | https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih&hl=ms |
Panduan Cara Semakan Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih yang tertera di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Cara Semakan Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT SARA
Informasi berkaitan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dalam artikel ini adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800
- Emel Rasmi SARA : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.