TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
Inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 diteruskan lagi dengan pertambahan nilai peruntukan dan seiring dengan itu, nilai bayaran kepada setiap penerima juga bertambah.
Bagaimanakah cara semak kelayakan pemohon & bila tarikh bayaran duit Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR bakal dilaksanakan secara berperingkat pada tarikh-tarikh tertentu seperti berikut :
- Fasa Pertama (1) mungkin dibayar sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
- Fasa Kedua (2) mungkin dibayar sebelum perayaan Aidilfitri.
- Fasa Ketiga (3) mungkin dibayar sebelum Hari Kebangsaan.
- Fasa Keempat (4) mungkin dibayar sebelum perayaan Deepavali.
*Tarikh bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi kerana tarikh adalah tertakluk kepada pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
KAEDAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan STR kepada semua penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank Aktif :
- Duit Bantuan STR bakal dikreditkan secara tunai dalam akaun bank penerima secara berperingkat selama 3 hingga 5 hari bekerja.
- Penerima Tiada Akaun Bank Aktif :
- Duit Bantuan STR bakal diberikan secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada waktu bekerja 8 pagi hingga 5 petang.
MASA BAYARAN DUIT BANTUAN STR MASUK
Bagi penerimaan melalui akaun bank, penerima perlu menunggu bayaran dimasukkan mengikut masa-masa seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
NILAI BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan nilai bayaran duit Bantuan STR untuk tahun 2026 :
- Bayaran Bantuan STR kepada Golongan Isi Rumah :
- Isi Rumah Pendapatan B40 :
- RM700 – Isi Rumah tiada anak.
- RM1,200 – Isi Rumah 1 – 2 anak.
- RM1,700 – Isi Rumah 3 – 4 anak.
- RM2,200 – Isi Rumah lebih 5 anak.
- Isi Rumah Pendapatan M40 :
- RM200 – Isi Rumah tiada anak.
- RM450 – Isi Rumah 1 – 2 anak.
- RM700 – Isi Rumah 3 – 4 anak.
- RM950 – Isi Rumah lebih 5 anak.
- Isi Rumah Pendapatan B40 :
- Bayaran Bantuan STR kepada Golongan Bujang :
- Bujang / Balu / Janda / Duda Umur 60 tahun ke atas :
- RM600.
- Bujang / Balu / Janda / Duda Umur 21 – 59 tahun :
- Diganti SARA.
- Bujang / Balu / Janda / Duda Umur 60 tahun ke atas :
SEMAK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN STR
Rujuk cara semak status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]