TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN SEMASA FASA 4
Bantuan kewangan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam mendepani cabaran kos sara hidup melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk sesi 2026 dan akan dilaksanakan secara empat (4) fasa seperti tahun sebelum ini.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai tarikh bayar duit bantuan STR 2026 Fasa 4, anggaran kadar pembayaran mengikut kategori, syarat kelayakan, serta cara menyemak status lulus penerima secara online.
Bilakah tarikh bayar duit bantuan str? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KERAJAAN TERKINI 2026 : ANDA BOLEH SEMAK KELAYAKAN & DAFTAR JIKA STATUS LAYAK
TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 | 15 Ogos 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | Belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
AMAUN DUIT BANTUAN STR 2026
Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 1 – 2 Anak | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 | RM1,200 |
| 3 – 4 Anak | RM400 | RM450 | RM450 | RM400 | RM1,700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM500 | RM600 | RM600 | RM500 | RM2,200 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM100 | RM100 | RM0 | RM0 | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM100 | RM100 | RM150 | RM100 | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM150 | RM200 | RM200 | RM150 | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM200 | RM250 | RM250 | RM250 | RM950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | RM150 | RM150 | RM600 |
- Bujang :
| BANTUAN SARA | TOTAL |
|---|---|
| RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAK STATUS BANTUAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202026.pdf