SARA 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : MYKASIH (RM100 & RM200 SETIAP BULAN DAPAT)
Setiap bulan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) akan dapat dinikmati oleh individu-individu yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Daripada 5.4 juta penerima untuk tahun 2025, kerajaan menambah peruntukan kepada 9 juta penerima untuk tahun 2026.
Bagaimanakah cara semakan kelayakan SARA 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL TARIKH BAYARAN STR 2026 : CHECK BILAKAH BAYARAN FASA 1 & STATUS KELAYAKAN PEMOHON
KADAR BANTUAN SARA 2026
Oleh kerana peruntukan untuk tahun 2026 dipertingkatkan, kadar penyaluran Bantuan SARA kepada setiap penerima juga dipertingkatkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA 2025 | KADAR BANTUAN SARA 2026 |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM2,100 (RM100 – RM200 sebulan) | RM2,400 (RM200 sebulan) |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM1,650 (RM100 – RM150 sebulan) | RM1,800 (RM150 sebulan) |
| Bujang Miskin Tegar | RM600 (RM50 sebulan) | RM1,200 (RM100 sebulan) |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM900 (RM100 sebulan) | RM1,200 (RM100 sebulan) |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM450 (RM50 sebulan) | RM600 (RM50 sebulan) |
| Bujang Bukan Miskin | – | RM600 (RM50 sebulan) |
PLATFORM PENYALURAN SARA 2026
Kini kerajaan hanya mengfokuskan satu (1) platform sahaja untuk penyaluran Bantuan SARA kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia dan penerima di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan melalui :
- Platform : Kad Pengenalan (KP) penerima.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 yang ditetapkan oleh Kerajaan :
- Warganegara :
- Malaysia.
- Had Umur Penerima :
- Isi Rumah : Tiada had umur.
- Warga Emas : 60 tahun & ke atas.
- Bujang : 21 hingga 59 tahun.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah Garis Kemiskinan (PGK) & tersenarai dalam rekod eKasih : bagi Miskin Tegar.
- Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 : bagi Asas Bukan Miskin.
- Status Permohonan STR :
- Lulus permohonan STR 2026.
SARA 2026 SEMAKAN KELAYAKAN
Semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh dilakukan secara online dengan mudah mengikut panduan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL PENERIMAAN SARA 2026
Jika anda disahkan ‘Layak’, Bantuan SARA akan dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan (KP) mengikut jadual seperti yang tertera di bawah :
| BIL. | TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA |
|---|---|
| 1. | Januari 2026 |
| 2. | Februari 2026 |
| 3. | Mac 2026 |
| 4. | April 2026 |
| 5. | Mei 2026 |
| 6. | Jun 2026 |
| 7. | Julai 2026 |
| 8. | Ogos 2026 |
| 9. | September 2026 |
| 10. | Oktober 2026 |
| 11. | November 2026 |
| 12. | Disember 2026 |
KEGUNAAN SARA 2026
Bantuan SARA yang disalurkan dalam Kad Pengenalan (KP) perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai. Antara barang yang boleh dibeli dengan Bantuan SARA adalah termasuk :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
INFO LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel SARA : [email protected]