BANTUAN TAMBAHAN B40 2026 (RM2400 & RM1200) : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN TAMBAHAN B40 2026 (RM2400 & RM1200) : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Setiap golongan berpendapatan rendah (B40) yang memenuhi syarat kelayakan bantuan layak menerima bantuan tambahan secara bulanan bagi memenuhi keperluan hidup.

Bagaimanakah check status bantuan tambahan b40 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA UNTUK LAYAK DAPAT BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD (RM200, RM100)

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN?

Bantuan tambahan B40 merujuk kepada inisiatif kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan sebagai bantuan tambahan atau bantuan sampingan kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan Tambahan B40 dilaksanakan seperti berikut :

  • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  • Kelayakan : Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus eKasih dan bukan eKasih
  • Cara Mohon : Kelayakan adalah secara automatik
  • Tempoh Bantuan :12 Bulan (Setiap bulan bermula Januari 2026 sehingga Disember 2026)
  • Kaedah Bayaran : Secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
  • Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN B40

Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • SARA EKASIH (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM200 SebulanRM2,400
Warga Emas Tiada PasanganRM150 SebulanRM1,800
BujangRM100 SebulanRM1,200
  • SARA STR (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAKADAR BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM100 SebulanRM1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM50 SebulanRM600
BujangRM50 SebulanRM600

CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN B40

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
  10. Status : Layak (jika anda layak)
  11. Tarikh Program Bermula : Januari 2026
  12. Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
  13. Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  14. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  15. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  16. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN TAMBAHAN

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment