BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN INI
Fasa Disember adalah merupakan fasa terakhir bayaran duit Bantuan MyKasih untuk semua 5.4 juta penerima isi rumah, warga emas dan bujang sedia ada. Kerajaan juga secara rasminya telah mengkreditkan bayaran tersebut kepada setiap penerima.
Bagaimanakah semak bayaran duit Bantuan MyKasih Fasa Disember mula masuk? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH TAMAT TEMPOH BANTUAN ANDA
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA MASUK
Berdasarkan jadual yang ditetapkan, duit Bantuan MyKasih untuk Fasa Disember telah mula dimasukkan kepada 5.4 juta penerima sedia ada mengikut tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah | Mulai 1 Disember 2025 |
| Warga Emas | Mulai 1 Disember 2025 |
| Bujang | Mulai 1 Disember 2025 |
PROSES BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH MASUK
Bantuan MyKasih bukan dimasukkan begitu sahaja. Namun, perlu melalui proses-proses seperti berikut :
- Kemukakan permohonan STR 2025.
- Penerima diluluskan dan didaftarkan MyKasih secara automatik.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima.
- Elaun Bantuan MyKasih akan dikreditkan dalam MyKad penerima.
- Penerima akan menerima elaun bulanan MyKasih.
- MyKad perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas terpilih.
JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025
Untuk bayaran Fasa Disember, setiap penerima akan terima duit Bantuan MyKasih sebanyak berikut :
| JENIS PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin Daftar eKasih) | RM200 / Disember |
| Isi Rumah (Asas Bukan eKasih) | RM100 / Disember |
| Warga Emas (Miskin Daftar eKasih) | RM150 / Disember |
| Warga Emas (Asas Bukan eKasih) | RM50 / Disember |
| Bujang (Miskin Daftar eKasih) | RM50 / Disember |
| Bujang (Asas Bukan eKasih) | – |
TIPS MENGGUNAKAN DUIT BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan tips menggunakan duit Bantuan MyKasih bagi penerima yang belum menggunakannya :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025
Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih untuk Fasa Disember masih boleh disemak secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian rasmi MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900 atau melalui laman ini : https://mykasih.com.my/contact-us/.