SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diteruskan lagi bagi tahun hadapan (2026). Calon yang memenuhi syarat penyertaan program kini boleh mula membuat semakan tawaran kelayakan untuk kemasukan Siri 1/2026 yang akan berlangsung pada bulan Januari.
Bagaimanakah semakan pelatih plkn 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH TARIKH SEMAKAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BAGI FASA 1
PENGENALAN PLKN 2026
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diteruskan bagi tahun 2026
Program Latihan Khidmat Negara atau dikenali sebagai PLKN diperkenalkan semula oleh Kerajaan Malaysia dengan konsep dan format baharu yang bersifat komprehensif dan transformatif, yang bertujuan untuk melahirkan generasi masa lebih berdisiplin dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi serta dilengkapi dengan kemahiran insaniah bagi menghadapi cabaran masa depan.
SYARAT KELAYAKAN PELATIH PLKN 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
TARIKH DAN LOKASI PELATIH PLKN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri Pertama 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
PLKN SIRI 1 2026 :
| TARIKH | LOKASI |
|---|---|
| 17 Januari 2026 – 03 Mac 2026 | 1) Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur 2) Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang |
Info Penting : Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 (Isnin) untuk semakan status terkini.
SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
Status tawaran Pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025 (Khamis) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh ujuk panduan Manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 (Isnin) untuk semakan status terkini.
DOKUMEN WAJIB DIBAWA
Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :
- Surat tawaran / surat melapor diri;
- Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
- Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
- Borang Perakuan Kesihatan;
- Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);
INFO PENTING PELATIH PLKN 2026
Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu diingatkan oleh para pelatih terpilih :
- Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
- Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133612 / 03-40133613
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/