BANTUAN IC 1200 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON

BANTUAN IC 1200 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON

Supaya tidak berlaku sebarang ketirisan, Kad Pengenalan diri (IC) rakyat Malaysia diguna pakai untuk penyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah agar ianya sampai kepada rakyat yang benar-benar layak dan terkesan dengan peningkatkan kos sara hidup sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima & cara mohon Bantuan IC 1200? Ikuti paduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1 STR

KADAR KREDIT BANTUAN IC 2026

Bukan semua kategori akan terima kadar pengkreditan Bantuan yang sama dalam IC. Namun ianya mengikut kadar yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR KREDIT
BANTUAN DALAM IC
Isi Rumah MiskinRM2,400 setahun
Isi Rumah AsasRM1,200 setahun
Warga Emas MiskinRM1,800 setahun
Warga Emas AsasRM600 setahun
Bujang MiskinRM1,200 setahun
Bujang AsasRM600 setahun

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN IC 1200 2026

Hanya dua (2) kategori sahaja layak terima Bantuan sebanyak RM1,200 dalam IC, iaitu kategori isi rumah dan bujang yang memenuhi syarat-syarat seperti tertera di bawah :

  • Syarat Kelayakan Penerima Bantuan IC RM1,200 (Isi Rumah) :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori Isi Rumah : Berkahwin (ada / tiada anak) atau ibu bapa tunggal (ada anak).
    • Pendapatan Isi Rumah RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan.
    • Lulus Permohonan STR 2026.
  • Syarat Kelayakan Penerima Bantuan IC RM1,200 (Bujang) :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori Bujang : Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
    • Berumur 19 / 21 hingga 59 tahun.
    • Pendapatan individu bawah garis kemiskinan (PGK) semasa.
    • Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin.
    • Lulus Permohonan STR 2026.

CARA MOHON BANTUAN IC 2026

Untuk mendapatkan Bantuan dalam IC sebanyak RM1,200, anda boleh ikuti cara mohon online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IC 2026

Setelah permohonan dikemukakan, status kelayakan sebagai penerima Bantuan dalam IC boleh disemak secara online seperti panduan di bawah :

  1. Klik pada pautan laman web MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-) contoh : 870230114567.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

TARIKH KREDIT BANTUAN IC 1200

Pengkreditan Bantuan sebanyak RM1,200 dalam IC adalah secara ansur setiap bulan seperti tarikh-tarikh berikut :

  • Januari 2026 – RM100.
  • Februari 2026 – RM100.
  • Mac 2026 – RM100.
  • April 2026 – RM100.
  • Mei 2026 – RM100.
  • Jun 2026 – RM100.
  • Julai 2026 – RM100.
  • Ogos 2026 – RM100.
  • September 2026 – RM100.
  • Oktober 2026 – RM100.
  • November 2026 – RM100.
  • Disember 2026 – RM100.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment