SEMAKAN STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAKAN STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Peningkatan kos sara hidup mungkin menjadikan sesetengah rakyat terbeban dan terkesan. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan sehingga RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat melalui bayaran Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan.

Bagaimanakah semakan status STR Tambahan? Baca info lebih lanjut dan ikuti panduan lengkap cara semak di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT TEMPOH MYKASIH ANDA

APA MAKSUD STR TAMBAHAN

STR Tambahan adalah bermaksud bayaran tambahan kepada penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang diperkenalkan sebagai Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan keperluan asas sepanjang tahun 2026.

KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Bayaran Bantuan STR Tambahan kepada penerima isi rumah adalah sebanyak berikut :

KELAYAKAN
ISI RUMAH
KADAR BAYARAN
ISI RUMAH
DAFTAR EKASIH
KADAR BAYARAN
ISI RUMAH
BUKAN EKASIH
Isi Rumah B40
(Pendapatan
bawah RM2,500)
RM2,400 setahun
(RM200 setiap bulan)
RM1,200 setahun
(RM100 setiap bulan)
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 – RM5,000)
RM1,200 setahun
(RM100 setiap bulan)

Untuk penerima warga emas pula Bantuan STR Tambahan akan dibayar sebanyak berikut :

KELAYAKAN
WARGA EMAS
KADAR BAYARAN
WARGA EMAS
DAFTAR EKASIH
KADAR BAYARAN
WARGA EMAS
BUKAN EKASIH
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM1,800 setahun
(RM150 setiap bulan)
RM600 setahun
(RM50 setiap bulan)

Manakala Bantuan STR Tambahan akan dibayar kepada penerima bujang sebanyak berikut :

KELAYAKAN
BUJANG
KADAR BAYARAN
BUJANG
DAFTAR EKASIH
KADAR BAYARAN
BUJANG
BUKAN EKASIH
Bujang / balu /
duda / janda
(tiada anak)
RM1,200 setahun
(RM100 setiap bulan)
RM600 setahun
(RM50 setiap bulan)

CARA PENERIMAAN STR TAMBAHAN

Penerimaan Bantuan STR dan Bantuan STR Tambahan adalah berbeza mengikut cara-cara berikut :

  • Cara-cara Penerimaan Bantuan STR :
    • Penerima yang ada akaun bank akan terima bayaran terus dalam akaun bank dan penerima yang tiada akaun bank akan terima bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Cara-cara Penerimaan Bantuan STR Tambahan :
    • Semua penerima ada akaun bank atau tiada akaun bank akan terima bayaran Bantuan Tambahan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan pada setiap bulan.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Bayaran Bantuan STR Tambahan dijadualkan setiap bulan seperti berikut :

JENIS BANTUANJADUAL BAYARAN
Bantuan STRFasa 1 : Januari / Februari 2026
Fasa 2 : Mac / April 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : Oktober 2026
Bantuan STR TambahanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026

KELAYAKAN PENERIMA STR TAMBAHAN 2026

Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan untuk penerima Bantuan STR Tambahan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori – Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan berdaftar eKasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar; atau
  • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 sebulan (golongan B40 dan M40);
  • Lulus permohonan STR bagi tahun 2026.

SEMAKAN STATUS STR TAMBAHAN 2026

Status kelayakan penerimaan Bantuan STR Tambahan boleh disemak melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila klik pautan Portal Rasmi STR 2026 di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruang disediakan.
    • Tanpa jarak dan tanpa – (contoh 800222112345).
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Nama anda akan dipaparkan sebagai [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika ianya betul, sila klik pada butang [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang baharu mengikut yang didaftarkan.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Log Masuk berjaya jika ‘Dashboard’ dipaparkan.
  11. Untuk semakan status, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status permohonan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Semua maklumat yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan Bantuan SARA iaitu bayaran tambahan kepada penerima STR. Namun, jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian STR : 03 8882 4565
  • Talian SARA : 03 7720 1800

Leave a Comment