BANTUAN DALAM IC RM2400 2026 : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & IKUTI CARA MOHON
Dua (2) kali ganda peruntukan untuk Bantuan Dalam IC dinaikkan sehingga RM2,400 bagi tahun 2026 supaya ianya dapat membantu rakyat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah cara semak status & cara mohon Bantuan Dalam IC RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN MENDULANG EMAS : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & DAFTAR UNTUK RAKYAT KELANTAN YANG BERMINAT
BANTUAN DALAM IC RM2400 2026
RM2,400 bukanlah dikreditkan secara sekaligus. Namun, ianya akan dikreditkan secara ansur setiap bulan ke dalam IC penerima yang layak :
- Januari 2026 : RM200.
- Februari 2026 :RM200.
- Mac 2026 :RM200.
- April 2026 :RM200.
- Mei 2026 : RM200.
- Jun 2026 : RM200.
- Julai 2026 : RM200.
- Ogos 2026 : RM 200.
- September 2026 : RM200.
- Oktober 2026 : RM200.
- November 2026 : RM200.
- Disember 2026 : RM200.
Setelah Bantuan dikreditkan, penerima boleh menggunakan IC untuk beli barang keperluan asas seperti barang dapur, keperluan asas bayi seperti lampin pakai buang, sabun mandian, sabun pencuci pakaian, ubat-ubatan, alat tulis dan sebagainya.
SEMAK STATUS BANTUAN DALAM IC 2026
Semak status sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan SARA dalam IC bagi tahun 2026. Ikuti cara semakan yang mudah di bawah :
- Klik terus pada pautan laman web rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan STR & SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM2400
Bantuan sebanyak RM2,400 bakal dikreditkan dalam IC penerima yang berkelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin tegar |
| Pengkalan Data eKasih | Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Status STR | Lulus bagi kategori ‘Isi Rumah’ |
CARA MOHON BANTUAN DALAM IC
Penerima Bantuan Dalam IC dipilih berdasarkan penerima STR. Oleh itu, anda perlu memohon Bantuan STR seperti panduan di bawah :
- Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
CARA DAFTAR BANTUAN DALAM IC RM2400
Untuk dapat Bantuan sebanyak RM2,400 dalam IC, individu yang berpendapatan bawah garis kemiskinan wajib untuk mendaftar eKasih. Ikuti cara daftar yang mudah di bawah :
- Sila klik pada pautan laman web eKasih rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih (dalam IC), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]