BANTUAN IC RM1200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON
Ketua keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti B40 dan M40 serta lulus dalam permohonan akan terima bayaran Bantuan sebanyak RM1,200 melalui IC (kad pengenalan) untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status penerima & cara memohon Bantuan IC RM1200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD MADANI 2026 (MOHON ONLINE SEKARANG)
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN IC RM1200 2026
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan sebanyak RM1,200 dalam IC mereka yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada / tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan bawah RM2,500 atau hingga RM5,000 sebulan;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN IC 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan IC boleh disemak secara online mengikut panduan di bawah :
- Klik pada pautan laman web MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-) contoh : 870230114567.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MEMOHON BANTUAN IC 2026
Ikuti cara memohon Bantuan secara online mengikut panduan di bawah :
- Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
- Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
- Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
- Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
- Pilih status perkahwinan anda :
- Bujang – bagi yang belum berkahwin.
- Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
- Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
- Balu – bagi yang kematian pasangan.
- Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
- Duda / Janda – bagi yang bercerai.
- Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
- Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
- Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
- Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
- Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
- Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
- Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
- Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
- Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
- Selesai.
CARA DAFTAR BANTUAN IC 2026
Untuk penerima yang berpendapatan bawah garis kemiskinan, boleh mendaftar seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
- Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
- Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
TIPS MENGGUNAKAN BANTUAN IC
Bagi yang belum mengetahui cara menggunakan Bantuan IC, ikuti tips mudah di bawah :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama IC penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan IC akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
JADUAL KREDIT BANTUAN IC RM1200
Pengkreditan Bantuan IC sebanyak RM1,200 adalah mengikut jadual di bawah :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 15 Januari 2026 | RM100 |
| 1 Februari 2026 | RM100 |
| 1 Mac 2026 | RM100 |
| 1 April 2026 | RM100 |
| 1 Mei 2026 | RM100 |
| 1 Jun 2026 | RM100 |
| 1 Julai 2026 | RM100 |
| 1 Ogos 2026 | RM100 |
| 1 September 2026 | RM100 |
| 1 Oktober 2026 | RM100 |
| 1 November 2026 | RM100 |
| 1 Disember 2026 | RM100 |
| = RM1,200 |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan IC, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]