SEMAK KELULUSAN PENERIMA STR 2026 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN FASA 1

SEMAK KELULUSAN PENERIMA STR 2026 : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN FASA 1

Status kelulusan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bergantung kepada syarat kelayakan penerima ditepati dan melepasi verifikasi kelayakan proses permohonan bantuan.

Bagaimanakah semak kelulusan penerima str 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN 2400 DALAM MYKAD 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BARU

PENERIMA STR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN STR 2026

Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN
Isi rumah berpendapatan
RM2500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran diganti dengan Bantuan SARA

Jumlah pembayaran bagi setiap Fasa belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAK KELULUSAN PENERIMA STR 2026

Semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
  12. Peti Mel.
  13. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  14. Selesai.

CARA PEMBAYARAN STR 2026 KEPADA PENERIMA

Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment