BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON

BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON

IC / Kad Pengenalan rakyat Malaysia boleh digunakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan asas secara tunai (cashless) setiap bulan sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status penerima & cara memohon Bantuan IC RM2400? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA PERMOHONAN BANTUAN

BANTUAN IC RM2400 2026

Berdasarkan kelayakan, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar dengan jumlah tertinggi sehingga RM2,400 setahun. Bayaran akan dimasukkan ke dalam IC / Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan mengikut jadual berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200
Mac 2026RM200
April 2026RM200
Mei 2026RM200
Jun 2026RM200
Julai 2026RM200
Ogos 2026RM200
September 2026RM200
Oktober 2026RM200
November 2026RM200
Disember 2026RM200
=RM2,400

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN IC RM2400

Kerajaan akan memberikan bayaran sebanyak RM2,400 setahun ke dalam IC rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu / bapa tunggal (ada anak);
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN IC RM2400

Bagi yang telah memohon, status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM2,400 dalam IC, anda boleh membuat semakan status secara online seperti berikut :

  1. Sila ke bahagian Log Masuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Isikan Nombor IC anda tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  3. Terus klik pada butang [Semak].
  4. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan nama pemohon.
  5. Jika kata kunci tersebut betul, sila klik butang [Ya].
  6. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Kemudian, klik pada butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA MEMOHON BANTUAN IC 2026

Untuk mendapatkan Bantuan Dalam IC, anda perlu kemukakan permohonan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online seperti panduan lengkap di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID, sila klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Isikan Nombor IC anda dan tekan butang [Semak].
  5. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN IC

Setelah diluluskan dan Bantuan dimasukkan dalam IC, anda boleh gunakan untuk beli barang keperluan asas mengikut panduan berikut :

  1. Sila bawa bersama IC ke kedai runcit / pasar raya yang berdaftar MyKasih.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama IC) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment